(HIBURAN) LAGI NAMA-NAMA BESAR BAKAL MUNCUL DI FESTIVAL ROCKAWAY YANG KEDUA PADA 19 NOV

Spread the love

rockaway-2016s-small-line-up-reveal-featuring-oag-one-buck-short-muzzas-mayhem-son-of-a-policeman-hujan-awie-zainal-abidin-and-dato-david-augumugam 

KUALA LUMPUR: Jumlah penghibur di Festival Rockaway kedua yang akan berlangsung pada 19 Nov di Extreme Park, Bukit Jalil semakin bertambah. Penganjur festival, The Livescape Group, hari ini mengumumkan yang kumpulan Deja Voodoo Spells dengan menampilkan Bumblefoot (bekas anggota Guns N’ Roses) dan The 11-Piece Book of Spells Orchestra, Pop Shuvit menampilkan Dave Kennedy (bekas anggota Angels & Airwaves), Kyoto Protocol menampilkan Man Bai dan kumpulan indie Singapura, Force Vomit turut bakal menghiburkan para peminat yang hadir di festival yang akan diadakan ini.

rockaway-19n
Dengan penambahan ini, Rockaway: The Saga Continues akan mempersembahkan empat lagi persembahan kolaborasi yang sebelum ini hanya menjanjikan persembahan kolaborasi antara Hujan x Radhi OAG. Festival ini juga bakal mengembalikan bibit-bibit nostalgia dengan kemunculan semula kumpulan Butterfingers, yang turut akan membuat persembahan di festival ini yang turut jatuh pada tanggal ulangtahun ke-20 album terhebat mereka, 1.2 milligrams. Turut bersama kumpulan “grunge” ini ialah One Buck Short (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-15), dan bintang-bintang legenda Malaysia seperti Datuk Zainal Abidin (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-30) dan Alleycats.

Antara lain yang akan menggegarklan Festival Rockaway tahun ini ialah seperti kumpulan-kumpulan terkenal seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, The Get Up Kids, LyMe, Oh Chentaku dan many more.

Kedua-dua konsert Rockaway Malaysia MotoGP Festival (yang telah berlangsung) dan Rockaway The Saga Continues didukung oleh Malaysia Major Events, satu divisyen dari Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia. Turut disokong oleh DCODE (Rakan Kongsi Rasmi), Hotlink (Telekomunikasi Rasmi), RedBull (Minuman Tenaga Rasmi), RedBox dan GreenBox Karaoke (Rakan Media Rasmi), Intercontinental Kuala Lumpur (Hotel Rasmi), MTV (Rangkaian Muzik Rasmi), BFM 89.9 (Stesen Radio Rasmi), Sinar FM (Stesen Radio Rasmi) and Hitz FM (Stese Radio Bersama).

rockaway-map-rka-768x363Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan tiket (RM138++) bagi Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 Nov, layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest. Atau ikuti Instagram Rockaway melalui @RockawayFest.

Hashtags rasmi untuk Rockaway 2016:

#Rockaway2016

#RockawayReturns

#RockawayGoesBIG

Laman web rasmi: www.rockawayfest.com

Laman Facebook rasmi: www.facebook.com/rockawayfest.com

Instagram Rasmi: @RockawayFest

Laman rasmi tiket: www.galactix.asia/rockawayfest

Rockaway The Saga Continues Line Up 

(November 19 @ Extreme Park, Bukit Jalil)

  • Alleycats
  • Artefacts
  • Butterfingers (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-20)
  • Datuk Zainal Abidin (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-30)
  • Deja Voodoo Spells menampilkan Bumblefoot dan 11 Piece Book ofSpells Orchestra
  • Daarchlea
  • Dirgahayu
  • Eat Sh*t & Die
  • Force Vomit (SG)
  • Hujan X Radhi OAG
  • Killeur Calculateur
  • Kyoto Protocol menampilkan Man Bai
  • LyMe
  • U.Z.E.
  • Oh Chentaku
  • One Buck Short (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-15)
  • Pitahati
  • Pop Shuvit menampilkan Dave Kennedy
  • Prana
  • Son of a Policeman
  • Speedwitches
  • Taking Back Sunday
  • The Changcuters (ID)
  • The Get Up Kids
  • The Summer State (SG)
  • Third Eye Blind
  • Tokokilat
  • WTNSS

 

 

 

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *