(HIBURAN) Lagu “Potret” Juara Anugerah Juara Lagu 30

IMG_0832

Lagu ‘Potret’ nyanyian kumpulan Akim & The Majistret telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

IMG_0787

Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Manakala bagi anugerah persembahan vokal terbaik , penyanyi Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dan Anugerah persembahan terbaik pula sekali lagi dimenangi oleh Akim & The Majistret menerusi lagu Potret.

Pemenang Anugerah Qu Puteh Diva pula dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza. Anugerah Qu Puteh Diva adalah sebuah anugerah yang diperkenalkan pada AJL30 bagi menghargai dan meraikan juara-juara AJL sepanjang 30 tahun ia diadakan Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian tertinggi oleh peminat dan undian tersebut dibuka menerusi laman web rasmi Anugerah Juara Lagu ke-30.

Kesemua persembahan 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-30 telah dinilai oleh 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Manan Ngah, Sharon Paul, Cat Farish, Joe Flizzow, Ad Samad, LY, Edrie Hashim dan ketua juri Azmeer.

IMG_0356

IMG_0373

IMG_0404

IMG_0451

IMG_0457

IMG_0512

IMG_0575 IMG_0620 IMG_0643

IMG_0698

IMG_0493

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *