(HIBURAN) LAGU TERBARU ILA DAMIAA BAKAL MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK TANAH AIR!

Spread the love

 

Penyanyi kegemaran rakyat Malaysia, Ila Damiaa yang terkenal dengan rentak Kontemporari R&B kini kembali lagi dengan lagu terbaru berjudul “Cuma Kamu”.

Ila yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun lalu berkongsi perasaannya melalui lagu ini di mana ianya mengisahkan tentang cinta dan kesetiaan hubungan sepasang kekasih. “Saya telah bekerja keras untuk lagu ini dan saya amat teruja untuk berkongsi ‘Cuma Kamu’ dengan peminat saya”, kata penyanyi yang mempunyai suara serak-serak basah ini ketika ditanyakan tentang perasaannya mengenai perkara ini.

“Cuma Kamu” adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia di mana Ila telah berkolaborasi dengan tenaga kerja yang pernah menghasilkan banyak lagu-lagu hebat untuk salah satu penyanyi terunggul Indonesia, Raisa Andriana, seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang banyak memenangi anugerah. Penerbit dan Pengadun Muzik bagi lagu ini iaitu Ari Aru Renaldi merupakan penerbit muzik yang tersohor di Indonesia. Ari telah memenangi beberapa anugerah berprestij dari Anugerah Musik Indonesia (AMI) dan Anugerah Planet Muzik dan dia juga pernah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Dato’ Rossa, Ungu, Mocca, Tulus, Afgan dan ramai lagi. Selain daripada itu, susunan lagu itu juga telah digubah oleh salah seorang komposer terkenal di Indonesia iaitu Sindhu Bharata yang telah banyak menulis lirik lagu bagi nama-nama besar seperti Afgan, Vidi Aldiano, Petra Sihombing dan XO-IX.

Peminat boleh mendapatkan lagu “Cuma Kamu” menerusi iTunes dan juga semua aplikasi streaming muzik bermula 31 Mac 2017 dan ia dijangka akan membuatkan semua peminat jatuh cinta pada rentak   dan iramanya.

TENTANG ILA DAMIAA

Ila Damiaa, 28, bukan merupakan nama asing di arena muzik tanah air. Namanya amat sinonim dengan peminat muzik Kontemporari R&B dan Pop di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini mengorak langkah setelah mengambil bahagian di dalam rancangan nyanyian, Mentor di mana dia telah dipilih untuk menjadi anak didikan penyanyi rap terkenal tanah air iaitu Joe Flizzow. Semenjak itu, Ila tidak putus membina namanya di dalam dan di sekitar Malaysia seperti di Indonesia dan Singapura. Ila juga pernah berkolaborasi bersama Sheikh Haikel, seorang lagenda dari Singapura dan kerjasama mereka pernah dicalonkan di Anugerah Planet Muzik. Selain itu, dia juga pernah berkongsi pentas bersama penghibur terkenal antarabangsa seperti Robin Thicke dan EXO di MTV World Stage. Baru-baru ini Ila telah mengambil bahagian di dalam rancangan baru di saluran Astro berjudul Duo Star di samping Yasin Sulaiman. Mereka telah bersatu tenaga bertanding di antara 7 lagi pasangan penyanyi yang hebat-hebat dan rancangan ini telah mendapat perhatian ramai penonton di saluran itu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *