(SEMASA) AnimeXover – Sebuah kombinasi Timur dan Barat Acara anime terbesar temui peminat April ini

Kepada semua peminat anime, bergembiralah! Festival anime terbesar tahunan, AnimeXover akan menemui peminatnya apabila acara itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, pada 8 dan 9 April depan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang untuk kedua-dua hari.
Bayaran masuk sebanyak RM20 akan dikenakan untuk setiap orang. OISHI adalah minuman rasmi untuk acara itu dan untuk mendapatkan potongan harga tiket sebanyak RM5, pengunjung hanya perlu membeli minuman berkenaan dan jumlah kuantiti adalah terhad. Pusat membeli-belah Sunway Pyramid adalah rakan rasmi untuk acara itu.

Bertemakan “Timur bertemu Barat”, acara yang berlangsung selama dua hari itu membariskan pelbagai aktiviti menarik yang akan membuatkan peminat Anime di Malaysia seronok dan tidak akan berasa puas. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut apa yang bakal disajikan dalam acara itu.

Konsert Ani Song
Salah satu acara terhangat dalam AnimeXover adalah Konsert Ani Song yang menampilkan angela, TEMPURA KIDZ, RAM RIDER dan Anna Yano! Konsert yang membariskan bintang terkenal ini dijangka akan menarik ribuan peminat anime untuk mengunjungi festival berkenaan. Jangan terlepas menyaksikan persembahan mereka dengan memeriksa bilakah waktu atau slot persembahan mereka berlangsung.


Angela adalah nama yang cukup dikenali dalam dunia anime iaitu sebuah band yang muzik mereka sering menjadi pilihan untuk digunakan sebagai lagu tema untuk beberapa siri anime seperti FAFNER in the azure, Heroic Age, Shikabane Hime dan Asura Cryin.

Dalam satu majlis anugerah sekitar 2012, lagu tema sebuah siri anime K berjudul Kings nyanyian mereka mula diperdengarkan di seluruh dunia. Album keenam mereka berjudul ZERO diedarkan pada April 2013. Pada bulan Mei 2014, mereka melancarkan Sidonia, sebuah lagu tema untuk Knights of Sidonia, yang turut dianugerahkan sebagai “Lagu Terbaik Anime” pada Anugerah Animasi Kobe ke-19.

Pada 2015, Exist, yang menjadi lagu pembuka dan penutup siri anime Fafner EXODUS, menduduki tempat ketujuh dalam carta mingguan Oricon manakala pada tahun ini, angela berjaya mengadakan sebuah persembahan berskala mega di Nippon Budokan. Menjadi sebahagian daripada barisan hadapan AnimeXover juga satu kejayaan terbesar buat band ini.

TEMPURA KIDZ adalah kumpulan pop Jepun atau J-Pop yang dianggotai oleh lima orang gadis remaja. Terkenal dengan bentuk tarian penuh bertenaga hasil rekaan sendiri, mereka juga semakin dikenali apabila kerap muncul dalam saluran televisyen Jepun ssekali gus perlahan-lahan membina tapak dalam dunia anime. Mereka juga banyak mengadakan persembahan di luar negara antaranya Perancis, Taiwan, Filipina, Vietnam, Thailand dan buat julung kalinya di Malaysia, April ini.

RAM RIDER memulakan kariernya pada pertengahan 90-an apabila melancarkan karyanya menerusi label jenama sendiri. Beliau kemudiannya banyak membuat remix lagu untuk ramai artis popular. Beliau juga memaksimumkan pengalamannya sebagai DJ, mixer dan juga penggubah lagu yang akhirnya membawa dirinya ke dunia penulisan lagu dan seterusnya menjadi seorang penerbit.

Tahun 2004 menyaksikan beliau muncul sebagai seorang penyanyi. Album pertamanya, PORTABLE DISCO mendapat perhatian ramai. Beliau juga kemudiannya muncul dengan album kedua berjudul AUDIO GALAXY, yang turut menyaksikan dirinya berduet dengan penyanyi jemputan. Hingga kini, beliau sudah pun mempunyai tiga buah album studio, enam single serta dua album remix.

Peminat setianya pasti akan dapat menjangkakan sebuah persembahan hebat dari segi bunyi dan juga penataan cahaya yang kreatif dari RAM RIDER. Beliau sememangnya seorang penghibur kelab yang hebat di seluruh Jepun. Bukan itu saja, malah beliau juga kerap mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di luar negara.

Hasil kreativitinya, dia juga kerap membuat adunan muzik dari pelbagai genre muzik ketika menjadi DJ dan karyanya itu sering mendapat pujian ramai. RAM RIDER juga adalah penerbit rasmi TEMPURA KIDZ. Penampilannya dalam AnimeXover dapat membawa acara itu ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Kerjaya Anna Yano bermula sebagai model fesyen untuk majalah Mer and Soup. Beliau juga buat pertama kalinya muncul sebagai penyanyi sekitar Ogos 2013 menerusi lagu Shape My Story yang diterbitrkan oleh Kz(livetune). Lagu itu turut dijadikan lagu tema drama Stella Women’s Academy,

High School Division Class C3.
Pada Januari 2014, lagu tema Magiica Wars berjudul All Over yang turut diterbitkan oleh Kz(livetune) meraih perhatian antarabangsa. Anna Yano kemudiannya melancarkan buku bergambarnya yang pertama, Anna Yano MADE in HARAJUKU VOL.1 pada bulan Mac 2015.

Pada bulan dan tahun yang sama, beliau bergabung dengan Kz untuk menubuhkan kumpulan muzik duo, livetune+ sekali gus melancarkan EP mereka berjudul Sweet Clapper pada bulan Mei 2016.

Bergelar model dan juga penyanyi, wanita ini berjaya mencipta nama dalam legasi yang berbeza menerusi Ekspo Jepun di Perancis, HYPER JAPAN di United Kingsom (UK), EKSPO SUPER GIRLS di Taiwan, J-POP SUMMIT di Amerika Syarikat dan tak lupa juga beberapa acara terkenal lain seperti di Thailand dan Vietnam, menjadikannya sebanyak 9 buah negara dan 13 bandar. Lebih membanggakan, Anna Yano juga memperkenalkan budaya pop Tokyo ke serata dunia.

Peraduan E-Sukan
AnimeXover juga ada sesuatu yang istimewa untuk pemain permainan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) dan Dota 2! Peluang untuk memenangi hadiah wang sebanyak RM3,000 dengan menyertai peraduan E-Sukan bersama ahli kumpulan anda di acara berkenaan.

Pertandingan Cosplay
Apalah maknanya festivala anime tanpa cosplay! Bersedia uyntuk memenangi hadiah wang tunai dalam pertandingan Cosplay yang disediakan penganjur. Mereka yang berminat bolehlah mendaftar secara online dan menangi ganjaran RM2,000 sebagai juara. Untuk tempat kedua dan ketiga, pemenang bakal membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000 dan RM500

Pameran Karakter Figura Animasi
Selain daripada anime, AnimeXover turut mempamerkan model dan juga figura serta karakter animasi terkenal daru dunia Barat seperti Super Hero, R2D2, Han Solo Carbonite, Millennium Falcon Cockpit, Vintage Robots dan pelbagai lagi. Bersedia untuk mendapatkan pelbagai barangan dan permainan yang diminati daripada lebih 30 buah gerai yang disediakan.

Maklumat lanjut berhubung acara itu boleh didapati menerusi laman Facebook AnimeXover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *