(HIBURAN) Majlis Doa Selamat Filem ” CEO”

Spread the love

EZA_6215gmo

Filem CEO merupakan filem sulung terbitan Arafilm Sdn Bhd. Filem ini menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidakakan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya.

Sungguh pun filem ini mempunyai tema yang serius tetap ia sebenarnya sebuah filem smart comedy yang menggunakan dialog-dialog lucu tapi bermakna. Pelakon-pelakon yang membarisi filem ini ialah antara yang terbaik di Malaysia dan merek ajuga telah memberikan yang terbaik untuk filem ini.

Barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Beto Khusyairi, Cristina Suzanne, danAnaz Ridhuan.Selain itu penampilan khas oleh Deanna Yusof dan Datuk Jalaluddin Hassan. Terdapat juga pelakon-pelakon baru yang tidak kurang hebatnya, seperti Mustaqim Zakidan Nazeera Sardi.

Filem CEO ini mempertaruhkan seorang bakat muda yang diangkat sebagai pengarah filem iaitu Razaisyam Razak. Beliau telah dinamakan sebagai Most Promising Young Director oleh akhbar The Edge pada tahun 2013.Beliau mempunyai visi yang berbeza dan mampu untuk pergi lebih jauh.

Pengambaran telah berlangsung selama 30 hari yang bermula 15 Jun, 2013 sehingga 15 Julai, 2013 yang telah menelan belanja lebih kurang 1.8 juta  dan pengambarannya dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Filem ini akan bermula ditayangkan pada 12 Jun, 2014 diseluruh Malaysia.

ceosmall

Sinopsis Filem CEO

Filem ini mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’.Adam (Remy Ishak) adalah seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya. Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar pizza yang mempunyai cita-cita jangka panjangnya hanya ingin bermain pool selepas waktu bekerja.

Dua dunia ini tidaksepatutnya bercantum. Namun satu insiden menyebabkan hidup dua lelaki ini berubah 360 darjah. Adam hilang segala-galanya selepas satu kes pecah amanah.Dia kehilangan karier, status/kedudukan, kemewahan dan orang yang tersayang, tunangnya.

Sufian pula tidak menyangka dia dapat syurga dunia.Dia diberikan jawatan tertinggi syarikat, kemewahan dari segi harta,pakaian, kedudukan disebagainya.Segala kemewahan ini yang tidak pernah difikirkannya akan diperolehi.

Adam keliru dengan apa yang terjadi. Dia bertekad nak menggali siapa dalang kejatuhannya.Sufian juga keliru, tapi dia tak bertekad apa-apa sebab – orang memberi, kita merasa, buat apa nak banyak tanya.

Namun ada misteri di sebalik apa yang berlaku, Adam dan Sufian akan berdepan dengan misteri itu.

 

 

 

Pengarah                                                           Wan Razaisyam Wan Mat Rahsid

Barisan Pelakon

Pelakon Utama                 –                              Beto Kusyairy, Remy Ishak

Pelakon Sampingan        –                              Cristina Suzanne, Anas Ridzuan

Penampilan Khas             –                              Deanna Yusoff, Dato’ Jalaluddin Hassan

 

Senarai Pelakon lain

Mustaqim Mohamed Zaki

Naque Ariffin

Fasyali Fadzly

Tania Zainal

Nazeera Sardi

 

List of Crews

Pengarah                             : Razaisyam Rashid

PenolongPengarah         : Kartika Mohammad

Penyunting                         : Razaisyam Rashid

PengurusProduksi           : Cik Lee Khalil

PerekaKostum                  : Kamaruddin Osman

Sinematografi                    : Pete Abdullah

PengarahSeni                    : Nordin bin Ismail

Penataanbunyi                 : Versus Studio

Solekan                                                : Pipi Merah Studio

Music                                    : AG Coco

 

OST FILEM CEO

Lagu tema – Serahkan Segalanya

Background music dalam filem CEO – Gagak Hitam

 

Composed by Noh Salleh

Performed by DaVagabonds


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *