(HIBURAN) Majlis makan malam anjuran Prima Juta Resources dan Electro menampilkan Anuar Zain sebagai artis utama.

Spread the love

4

Pasukan Electro, yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan F1 in Schools Technology Challenge peringkat antarabangsa pada September  akan datang, sedang bekerjasama dengan Syarikat  Prima Juta Resources  menganjurkan majlis  makan malam pada 25 Julai 2015 (Sabtu) di Shah Alam Convention Centre (SACC).  Majlis Makan Malam ini akan dihiburkan oleh artis terkenal tanahair, Anuar Zain bersama para pemuzik serta pengarah muzik beliau, Ms SzeWan. Majlis ini juga turut menampilakan persembahan dari Alyah dan juga bakal diceriakan dengan kehadiran Sharifah Shahirah sebagai pengacara majlis.

2

Tiket terbahagi kepada beberapa kategori  iaitu, Topaz (RM 885), Emerald (RM 685), Ruby (RM 485) dan juga Sapphire (RM 285). Harga-harga tiket tersebut ditentukan  mengikut jarak meja tersebut daripada pentas utama. Tiket-tiket yang telah dinyatakan tadi boleh dibeli melalui laman web www.ticketcharge.com.my atau melalui talian mereka (+603-9222 8811). Manakala, terdapat tiket-tiket VIP, seperti VIP1 dan VIP2, yang boleh dibeli dengan menghubungi En Mohd Azizi Che On (011-1299 3464), pejabat Prima Juta Resources (03-6038 1326) atau Pn Kashnani Mat Nor (019-2414090).

Bagi individu atau syarikat yang hendak membeli  tiket, kami menyediakan beberapa kelebihan. Pembelian tiket yang melebihi nilai yang ditentukan secara tidak langsung akan bergelar penaja dan kelebihan sebagai penaja bukan sahaja hiburan, tetapi dari sisi pemasaran sesebuah organisasi tersebut. Penaja juga berpeluang mempromosikan produk mereka pada hari tersebut. Jika terdapat pihak yang  mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tajaan untuk majlis ini atau pasukan Electro, anda  boleh menghubungi Electro melalui, Pn Kashnani Mat Nor (019-2414090), Nur Anis Shuhada binti Kamarulzuhan (011-1235-1173) atau melalui Zafran Norhashim (010-226 5164).

Tujuan utama majlis makan mala mini adalah untuk mengumpulkan dana bagi pasukan Electro yang akan bertanding pada bulan September kelak. Pasukan Electro terdiri daripada 6 orang pelajar iaitu Nur Anis Shuhada binti Kamarulzuhan (Resource Manager), Zafran bin Norhashim (Resource Manager), Nadya Amira binti Azrudyn (Team Manager), Aiman Abul’As bin Azmel (Design engineer), Puteri Ameena binti Hishammuddin (Manufacturing Engineer) dan juga Nik Nur Iman Nadiah binti Baharun (Graphics Designer). Antara kejayaan pasukan Electro adalah meraih Best Engineered Car Award, Best Verbal Presentation Award dan juga gelaran Overall Champion pada peringkat daerah. Pada peringkat kebangsaan pula, pasukan Electro telah menerima Best Engineered Car Award, Best Research and Development Award, Best Verbal Presentation Award dan juga muncul sebagai 1st Runner Up, iaitu naib johan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *