(HIBURAN) MAJlIS PElANCARAN DOKUMENTARI & KOMIK FILEM BOX OFFICE MALAYSIA ‘OLA BOLA’

Spread the love

cof

cof

Selangor, 3 Disember 2016 – Selepas kejayaan filem ‘Woohoo!’, ‘Great Day’ dan ‘The Journey’, pengarah Chiu Keng Guan (Pengarah Keng) kembali dengan buah tangan terbaru berjudul ‘OlaBola’. Filem yang bergenre drama ini diinspirasi dari sejarah kegemilangan bola sepak Malaysia era 70 hingga 80-an.

cof

cof

Rentetan dari itu, Kadokawa Gempak Starz dan Astro Shaw dengan bangganya melancarkan komik prekuel ‘OlaBola: Kemuncak Impian’ dan Edisi Eksklusif ‘OlaBola’ sempena 18th World of Chinese Book Fair supaya peminat dapat mengimbas kembali kisah penuh nostalgia ini melalui paparan kornik, teks dan gambar.

Majlis Pelancaran Dokumentari & Komik Bagi Filem Box Office Malaysia ‘OlaBola’ telah diadakan pada 3 Disember 2016, Sabtu, jam 12 tengah hari sehingga 1 petang di pentas utama Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).Istimewanya, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon utama seperti JC Chee, Saran Kumar dan Lim Jian Wen .’Kemuncak Impian’ adalah hasil karya seorang artis komik dari Malaysia iaitu Santa Fung dan komik ini boleh didapati dalam versi bahasa Cina dan bahasa Melayu. Menariknya, jalan cerita komik ini memaparkan sekitar 7 atau 8 tahun lebih awal sebelum kisah ‘OlaBola’ berlaku. la mengisahkan masalah yang dihadapi pasukan bola sepak Malaysia dan peristiwa yang berlaku semasa berlangsungnya Pestabola Merdeka 1973. Selain itu, detik pertemuan di antara kapten pasukan negara, Chow Kwok Keong dengan penyerang, Samsul dan penjaga gal utama, Muthu turut diceritakan

sdr

sdr

Edisi Eksklusif ‘Olabola’ juga boleh diperoleh dalam versi bahasa Cina dan bahasa Melayu. Setiap versi hanya diterbitkan sebanyak 500 set sahaja. Edisi ini turut mengandungi DVD Filem Original ‘OlaBola’, ‘Ola Bola Log Pemain Bola: Dokumentari Di Sebalik Tabir’ serta komik prekuel ‘Kemuncak Impian’.

‘OlaBola Log Pemain Bola: Dokumentari Di Sebalik Tabir’ telah merekodkan detik-detik ‘Ola Bola’ dari proses praproduksi, sesi penggambaran sehinggalah tayangan fllem berserta temu bual bersama pengarah Chiu Keng Guan, , Penerbit Eksekutif, Najwa Abu Bakar serta barisan pelakon JCChee, Bront Palarae,Luqman Hafidz, Saran Kumar dan ramai lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *