(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ” TAIKUN”

Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng King Cobra dan Gang Black Rose.

Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Black Rose, Manan dan ketua Geng King Cobra,  Sarip merasa tertarik dengan kehebatan  mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka. Sikap Tai dan Kun yang tamak menyebabkan mereka menerima pelawaan dua-dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing-masing. Geng Black Rose dan Geng King Cobra pula adalah dua musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya. Sejak itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi kemewahan. Kesetiaan Tai dan Kun hanya terletak pada ganjaran wang sebagai habuan. Namun,  Geng Black Rose dan Geng King Cobra ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing-masing mula menunding jari menuduh geng lain. Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalangnya namun Sarip dan Manan tidak percaya. Siapakah dalang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun? Semuanya akan terjawab dalam filem ‘Taikun’.

Barisan Pelakon :

Angah Raja Lawak (Tai), Along Raja Lawak (Kun), Afian Giman (Alex Yanz), Angah Raja Lawak (Sarip), Adey Shafrien, Haszmi Raja Lawak, Mikael Andre, Addy Rauf

Arahan :

Ismail Bob Hashim

Komen :

Jalan cerita yang menarik, aksi pergaduhan yg diselang selikan dgn adegan lucu yg mencuit hati, pihak Galaksi Media Online (GMO) memberikan rating 3.5/5 bintang untuk filem ini. Ia sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.

Kredit Gambar : FaceBook David Teo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *