(HIBURAN) MAKSIM MEMUKAU PEMINAT MALAYSIA

Spread the love

Bersaksikan sekitar 2500 penonton yang memenuhi Dewan Plenari, KLCC, pemain piano kelahiran Croatia iaitu Maksim Mrvica telah memukau para peminat beliau dengan 13 alunan muzik yang dibahagikan dengan 2 sesi dengan lagu tirai pembuka  Exodus diikuti dengan Clocks, In The Hall Mountain King, Bohemian Rhapsody, Gymnopedie, Chopin / Ballade In G minor OP23.

Pada sesi kedua, Maksim meneruskan titipan piano beliau dengan lagu-lagu seperti Nostradamus, Nutcrackers Fantasy, Remember Me, Croatian Rhapsody, Game Of Thrones, The Flight Of The Bumblebee dan Mission Imposible.

Kehadiran Maksim Mrvica ke Malaysia bukanlah kali pertama kerana pada tahun 2004 di Stadium Putra Bukit Jalil yang sekarang dikenali sebagai Axiata Arena pernah mengadakan persembahan beliau dan setelah 19 tahun beliau kembali semula ke Malaysia untuk buat persembahan kepada peminatnya di Kuala Lumpur.

Pemain piano luar biasa kelahiran Croatia pernah menjuarai Pertandingan Piano Rubinstein di Perancis, Maksim melanjutkan pengajian di The Franz Liszt Academy of Music, Budapest dan Alexander Scriabin Conservatoire, Paris dan pernah merangkul anugerah di Anugerah Muzik MTV dan pelbagai pertandingan muzik antarabangsa berprestij ini, Maksim dianggap antara pemain piano classical crossover terkenal di dunia.

Maksim 2023 The Collection Asia Tour akan meneruskan jelajah beliau ke destinasi seterusnya di Singapura.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *