(HIBURAN) MEGADETH – mencetus keterujaan peminat di Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR (4 Mei 2017) – Selepas 17 tahun usaha kumpulan thrash metal ini untuk mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur terkandas pada tahun 2001 yang lalu, akhirnya kemunculan kali pertama Megadeth berjaya mengubat rasa keterujaan peminat fanatik kumpulan ini.
Lebih 3,500 peminat telah bersatu di bawah satu bumbung di Stadium Negara untuk menyaksikan kumpulan yang dianggotai oleh Dave Mustaine, David Ellefson, Kiko Loureiro dan Dirk Verbeuren itu menyanyikan hampir 18 buah lagu popular mereka.

Membuka tirai persembahan menerusi rantaian lagu seperti Hangar 18, Wake Up Death, In My Darkest Hour dan Threat Is Real serta tidak lupa juga menyanyikan lagu, Dystopia yang merupakan salah satu lagu dalam album terbaharu mereka.

Keutuhan ikatan selama 34 tahun bersama semenjak ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 1983 sudah cukup jelas untuk menceritakan segala-galanya mengenai kekuatan kumpulan Megadeth.

Persembahan bertenaga konsert berskala antarabangsa selama dua jam pada malam itu memberikan kenangan manis kepada peminat mereka. Terima kasih kepada anggota band yang diterajui vokalis dan gitar utama, Dave Mustaine bersama David Ellefson (bass), Kiko Loureiro (gitaris) dan Dirk Verbeuren selaku pemain dram kerana memukau khalayak dengan gaya yang lebih matang dan tenang, namun tetap berjaya merangsang keterujaan penonton.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *