(HIBURAN) MEMORABLE MOMENTS WITH DATO’ SITI NURHALIZA

Spread the love

DSC_6928

Dato’  Siti Nurhaliza Tarudin, 34, akan menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di ibu negara pada 11 April ini. Persembahan yang diberi nama Memorable Moments With Dato’ Siti Nurhaliza itu akan diadakan di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur pada waktu tengah hari. Dalam sidang media yang diadakan di Hotel Royal Chulan sebentar tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah memaklumkan tentang acara Secretaries Week Luncheon Special Memorable Moments With Dato’ Siti Nurhaliza yang bakal dijayakannya. Pada majlis itu juga nanti, penyanyi dan pencipta lagu serta penulis lirik, Lokman Aslam bakal menghiburkan tetamu yang hadir , dimana beliau akan bertindak sebagai  penyanyi pembuka tirai (opening) semasa acara  Secretaries Week Luncheon Special Memorable Moments With Dato’ Siti Nurhaliza . Difahamkan, ini adalah kali pertama Dato’ Siti mengadakan persembahan Minggu Setiausaha di hotel tersebut Tiket-tiket untuk menyaksikan acara ini sudah pun dijual pada harga RM550, RM450  dan RM350. Untuk sebarang tempahan atau sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian: 0326889688.

DSC_7070

DSC_7085

DSC_7187

DSC_7200

foto kredit : LIS FAIZAL


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *