(HIBURAN) MIZIO merealisasikan impian dengan dua lagu single terbaru

Spread the love

Kuala Lumpur, 16 Julai 2017- Berbekalkan minat yang membara dalam bidang seni suara, usahawan, Mizio sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit bagi merealisasikan impiannya sebagal penyanyi. Bermula dari sifar, beliau mengambil langkah sistematik bagi mendekatkan dirinya kepada cita-citanya seperti mengambil kelas vokal, belajar tentang produksi muzik dan proses pengarahan video muzik, yang semuanya dilakukannya sendiri.

Hasil daripada kesungguhannya, maka terbitlah dua lagu single iaitu “Izinkanlah” dan “Memori Duka yang telah diperdengarkan di majlis pelancaran yang dilangsungkan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur. Kedua-dua buah lagu menampilkan melodi yang dicipta oleh Taiko Tuaran dan lirik oleh Syafizan Syafik. Susunan muzik telah dibuat Mizio sendiri dan berkonsepkan irama “throwback” ke zaman 80-90an

Mizio begitu teruja kerana niatnya untuk berkongsi karya beliau kini menjadi kenyataan setelah sekian lama bekerja keras untuk pembikinan dua lagu single tersebut.

Penggambaran kedua-dua video muzik mengambil masa selama tiga hari di Santorini, Greece. la berlatar-belakangkan keindahan laut Aegean dan pemandangan sekitar Gereja Dom Biru yang menjadi mercutanda ikonik kepada pulau tersebut. Santorini diiktiraf sebagai pulau yang paling romantik di dunia dan menjadi tumpuan berjuta-juta pelancong setiap tahun.

Nampaknya tiada yang boleh menghalang impian Mizio, di mana beliau akan memulakan proses untuk merakamkan lagu Mandarin bagi projek seterusnya untuk melebarkan sayapnya ke negara China.

Untuk majlis pelancaran ini juga, Mizio ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak media yang hadir, para penaja – Hsiang Lin Fang, Alicafe, Regent Furnishing dan seterusnya kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak

Dengarkan
1) Izinkanlah di pautan https://youtu.be/92X1ZNC opg
2) Memori Duka di pautan https://youtu.be/C YuRTuqu

Media Sosial
1) Facebook https://www.facebook.com/mizio2017
2) Instagram https://www.instagram.com/miziovokal/

Untuk sebarang pertanyaan boleh email miziovocal@gmail.com atau tel/whatapps 018 3749980


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *