(HIBURAN) Nick Cheung dan Crystal Lee tuai kejayaan dalam filem UNBEATABLE

IMG_6297

RAM Entertainment telah menerbangkan salah satu pelakon utama filem UNBEATABLE iaitu Nick Cheung. Filem yang membariskan beberapa pelakon hebat antaranya Eddie Peng , Andy On dan Crystal Lee bakal ditayangkan pada 22 Ogos 2013. Filem yang diarahkan oleh Dante Lam ini diterbitkan oleh Bona Films mengisahkan tentang Fa (Nick Cheung) yang merupakan bekas juara tinju yang memberi tunjuk ajar kepada seorang pengamal seni pertempuran campuran (Mix Martial Art – MMA) bernama Qi (Eddie Peng ) yang mana Qi akan membuat penampilan pertamanya di MMA dan bakal bertemu dengan Lee-Yuang Heng iaitu seorang peninju hebat dan ganas.

IMG_6301

Pada sidang media yang telah berlangsung di KL Hilton Grand Suite ini, Nick Cheung ditemani oleh seorang lagi pelakon utama dalam filem ini yang merupakan pelakon kanak-kanak kelahiran Malaysia iaitu Crystal Lee. Walaupun filem ini masih belum ditayangkan di pawagan tempatan dan juga antarabangsa, tetapi kedua – dua pelakon ini telah mencipta sejarah memenangi 2 anugerah utama di The sixteenth Shanghai International Film Festival (SIFF) iaitu anugerah pelakon lelaki terbaik yang dirangkul oleh Nick Cheung manakala pelakon cilik kelahiran Malaysia iaitu Crystal Lee menjadi pelakon termuda yang memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di festival tersebut.

unbeatsmall

Bercakap kepada media mengenai perancangan selepas memenangi anugerah tersebut, Nick Cheung menjelaskan tiada perancangan khusus sebaliknya mahu berehat sekejap dan menikmati kemenangan itu sendirian. Mengenai pengalaman sepanjang penggambaran pelakon ini menceritakan detik-detik kecederaan yang dialaminya semasa di set penggambaran dan mengakibatkan beliau terpaksa mengurangkan babak-babak aksi lasak dalam filem ini. Bercerita tentang Crystal Lee yang membawakan watak anak beliau di dalam filem ini, beliau menjelaskan yang beliau melayan pelakon cilik ini secara professional dan beranggapan pelakon ini mempunyai masa depan yang cerah di dalam industri perfileman kerana Crystal Lee amat mesra kamera dan tidak kekok serta boleh berlakon secara semulajadi. Ditanya mengenai kecenderungan beliau dalam seni bela diri, beliau berkata yang karakter seorang pejuang (fighter) dalam filem ini hanyalah dalam layar perak tetapi tidak di luar kehidupannya. Tetapi beliau ada menpelajari sedikit sebanyak tentang intipati seni bela diri seperti wushu dan muay thai dan juga seni mempertahankan diri lain dalam bentuk kajian sebelum berlakon. Bercakap mengenai perancangan masa depan dan projek filem akan datang, beliau menerangkan beliau dalam proses untuk menjalani penggambaran filem terbaru dimana beliau bertindak sebagai pengarah merangkap pelakon utama dalam filem tersebut dan dijangkan akan memulakan penggambaran di Malaysia tidak lama lagi.

unbeat 2small

Sinopsis Filem : Unbeatable

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Qi. Qi seorang yang panas baran merupakan anak orang kaya di Tanah Besar China. Walaubagaimanapun, perniagaan bapanya gagal dan bapanya telah menjadi kaki botol. Qi pula tertekan kerana bapanya memaksa dia mengambil alih perniagaan haram di Macau. Untuk meyakinkan ayahnya, Qi telah menyertai pertandingan MMA (mix martial art) dan mula berlatih. Qi yang akan membuat penampilan pertamanya di MMA bakal bertemu dengan Lee-Yuang Heng iaitu seorang peninju hebat dan ganas.

 

Klasifikasi: Aksi

Genre: Aksi / Drama

Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2013

Bahasa: English

Pengedar: RAM ENTERTAINMENT

Pengarah: Dante Lam

Pelakon: Eddie Peng, Nick Cheung,  Andy On dan Crystal Lee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *