(HIBURAN) NING BAIZURA ‘KONSERT PELANGI UNTUKMU’

Spread the love

DSC_0059gmo

Dengan majlis pelancaran minyak wangi ‘NING’ yang gilang gemilang pada dua minggu yang  lepas dan juga dengan pembikinan single terbaru beliau “Bukan Wanita Sempurna”, Ning kini  telah sedang bersedia untuk membuat persembahan konsert pada 16hb November 2013 di TM  Convention Centre yang di dokong oleh TM, Suria fm, Media Hiburan dan Budiey.com. ‘Konsert Pelangi Untukmu’ fokus kepada pengalaman peribadi beliau yang terkini. Di malam itu  nanti beliau akan membawa penonton menghayati beberapa peringkat perjalanan hidup yang banyak memberi makna sehinggalah menjadi seorang ibu.

page

Konsert akan dibahagi kepada 3 segmen yang bakal menonjolkan 3 peringkat kehidupan sehingga menjadi seorang ibu. Peminat akan berkesempatan menghayati lagu-lagu klasik beliau hingga yang terkini. Sempena Konsert Pelangi Untukmu juga, beberapa pertandingan akan disiarkan melalui media sosial seperti di facebook Ning, Twitter dan Instagram. Pemenang bukan sahaja berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan Ning tetapi juga berpeluang untuk acara makan malam istimewa dengan Ning dan juga berpeluang memenangi tiket VIP untuk ke konsert beliau. Tak lupa juga berbagai peraduan akan dan sedang berlangsung di Suria.fm, Media Hiburan serta Budiey.com. Ning juga akan memperkenalkan album terbaru beliau yang mana megandungi 3 buah lagu (single) terkini, dengan susunan muzik terbaru. Album tersebut dijangka akan dilancarkan pada Disember akan datang. Namun begitu, peminat berpeluang memiliki album dengan membeli beserta dengan tiket konsert yang bernilai RM150 setiap satu pembelian secara pakej CD dan tiket konsert. Pakej itu juga mengandungi tempat duduk eksklusif, album terbaru Ning, sekeping poster yang ditandatangani oleh Ning dan juga edisi terhad booklet Ning Baizura. Untuk makluman, tempat duduk istimewa ini hanya dapat diperolehi dengan pembelian melalui Universal Music Malaysia. Sila hubungi Nadia di nmz.ning@gmail.com untuk sebarang tempahan.

Tiket-tiket biasa dengan harga RM75 dan RM50 dapat diperolehi dengan pembelian melalui Ticket Charge Hotline : +60392228811 dan www.ticketcharge.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *