(HIBURAN) NORANIZA IDRIS DAN HAZAMA MENYEMBUH HATI DENGAN PENAWAR KITA

Spread the love

Kuala Lumpur, Malaysia — Dua penyanyi terkenal industri muzik Malaysia, Ratu Pop Etnik Negara, Noraniza Idris serta penyanyi lelaki popular Malaysia, Hazama , kini bersatu dalam karya muzik terbaru mereka berjudul Penawar Kita.

Dari segi konsep muzik kali ini, Luca Sickta telah menghasilkan muzik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden yang sinonim dengan perwatakan nyanyian dari Noraniza Idris & Hazama. Penggabungan ini mencipta dinamika musik yang membawa perpaduan elemen tradisional dan moden.

Menurut Hazama ‘’ Saya rasa sangat bertuah kerana dapat berpeluang berkolaborasi bersama dengan lagenda Irama Malaysia , Noraniza Idris . Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi. Projek ini merupakan kali pertama saya merakamkan lagu yang bergenre Irama Malaysia. Tanpa tawaran ini , tidak mungkin berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan Irama Malaysia kerana saya sememangnya membawakan genre Rock . ‘’Terima Kasih juga tak terhingga kepada semua yang terlibat dan juga pihak Luncai Emas yang banyak membantu dalam sepanjang proses projek ini dijalankan’’. Tambah Hazama .

“PENAWAR KITA ” adalah terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd. Lirik ditulis oleh penerbit muzik , penyanyi & rapper Kmy Kmo, dan dilengkapkan dengan konsep muzik yang mendalam oleh Luca Sickta, bertujuan untuk memikat penonton dengan lirik yang bermakna dan melodi yang meremajakan jiwa. Lagu ini menggabungkan elemen muzik tradisional yang terpilih dengan hikmah pantun nasihat, mencipta perpaduan menawan antara tradisi dan moden.

Walaupun lirik dan lagunya oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta, Noraniza Idris tetap membawa pesanan mendalam melalui persembahan suara yang menggugah hati. Lirik yang ditulis membawa pendengar dalam perjalanan yang menyentuh hati, di mana ujian dan cabaran kehidupan berfungsi sebagai pengajaran praktikal dalam memahami hakikat hubungan manusia.

Kmy Kmo menambah, “Apabila zaman berganti zaman kita semua memerlukan udara-udara baik dan harmoni, menekankan keperluan berkekalan untuk bersatu dan harmoni dalam kehidupan kita’’.

‘’ Setelah siap rangka susunan muzik , saya cadangkan agar lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif dan sesuai dengan vocal saya . Ambil masa lama juga meninjau, satu hari saya buat satu program melibatkan Hazama dan saya terus terfikir untuk calonkan Hazama sebagai rakan duet. Usulan itu disambut baik oleh pengurusan Hazama. Bermulalah rakaman single ini’’. Kata Noraniza Idris.

‘’Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir selaku penasihat single ini. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat dari Datuk sebuah nama besar yang dihormati dalam industri muzik hingga kini’’. Tambah Noraniza Idris lagi.

Sejajar dengan evolusi muzik dalam peredaran masa kini, Noraniza Idris & Hazama berharap semoga lagu duet ini di terima peminat muzik di Malaysia dan mendapat tempat di dalam hati masing – masing .

Penawar Kita diharapkan agar dapat juga merentasi peringkat umur dan memberikan pengalaman bermakna kepada semua pendengar. Dengan semangat kolaboratif, mempersembahkan Penawar Kita sebagai nyanyian bersama yang berkuasa. Single ini meresap secara mendalam dalam hati mereka yang mencari keselesaan dan hubungan dalam bahasa muzik yang universal.

Penawar Kita kini boleh didapati di semua platform muzik utama, seperti Spotify , Apple Music,

Itunes dan juga Muzik Video akan mula ditayangkan di saluran Luncai Emas mulai 10 November

  1. Diharap semua dapat mendengar untuk mengalami perpaduan menawan melodi

tradisional dan moden yang membawa kedamaian.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *