(HIBURAN) OLABOLA BUKAN SEKADAR FILEM BOLA SEPAK

Spread the love

OlaBola Poster_ENsmll

Setelah memulakan rangkaian promosi sejak sebulan yang lalu menerusi trailer filem, lagu tema dan pelbagai lagi, kini filem yang diilhamkan dari peristiwa sebenar iaitu OlaBola bakal mengegarkan pawagam bermula 28 Januari 2016 menerusi 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei!

OB5

Jika mendengar tajuk OlaBola pasti ramai yang dapat menyangka bahawa filem fiksyen ini akan memaparkan sukan bola sepak. Namun, istimewanya OlaBola, ia turut menonjolkan nilai persahabatan, kemahiran sukan, keluarga dan keharmonian berbilang bangsa sebagai inti pati utama. Dengan meletakkan nilai-nilai ini, OlaBola diharap mampu memupuk penonton dengan semangat dan sikap berani untuk melakukan apa sahaja demi orang tersayang serta negara.IMG_3981

OlaBola yang mendapat sentuhan hebat oleh pengarah box-office The Journey, Chiu Keng Guan, memaparkan kisah pasukan bola sepak kebangsaan pada tahun 80-an yang berdepan dengan cabaran untuk mengharumkan nama negara. Malah, setiap pemain turut mengharungi tekanan dari tentangan keluarga, cinta, persefahaman dan kekuatan fizikal untuk terus menggapai impian masing-masing dalam sukan bola sepak.OB10

Bagi meninggalkan kesan pada hati penonton, Chiu telah memberi sentuhan ajaib pada setiap watak terutamanya watak utama, Tauke (JC Chee) yang harus melalui jalan sukar di mana dia perlu memilih cita-citanya atau menjadi tempat bergantung harap buat keluarganya dan kekasihnya.  Manakala Muthu (Saran Kumar) mempunyai hubungan yang tegang dengan ayahnya gara-gara tidak mendapat restu ayahnya dalam merealisasikan impian untuk menjadi penjaga gol terbaik kebangsaan. Lain pula dengan Rahman (Bront Palarae), di mana dia berusaha keras melawan sikap kurang yakin yang terpahat dalam dirinya demi untuk menjadi pengelola sukan negara yang berjaya. Malah, penyerang kebangsaan, Ali (Luqman Hafidz) turut berusaha keras untuk menggalas jersi impiannya iaitu nombor 10.OB11

Selepas berjaya mencipta fenomena tersendiri pada tahun 2014 menerusi filem The Journey yang berjaya mencatat rekod kutipan RM17.28 juta, Chiu terus mengambil berani dengan tampil menerusi karya yang sarat dengan intipati dan mencerminkan budaya Malaysia.  Jika filem The Journey, penonton dapat melihat bahawa sesuatu perkara boleh dicapai apabila seseorang belajar meletakkan perbezaan dan memahami antara satu sama lain, lain pula dengan OlaBola, di mana penonton akan didedahkan dengan mozek emosi dalam keindahan dan keharmonian negara.IMG_0641

Berlatar belakangkan tahun 1980-an, OlaBola telah menggunakan khidmat professional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood bagi menonjolkan lagi unsur-unsur tahun pada ketika itu. Sebagai contoh, babak ketika perlawanan sukan di Stadium Merdeka, pesta gaya 80-an yang dibina khas untuk filem ini, dan pelakon Saran Kumar yang memegang watak sebagai Muthu turut mempelajari kaedah menoreh getah serta mengupas kelapa secara tradisional dengan betul demi mendapatkan shot menakjubkan.IMG_4102

Selain itu, menariknya filem ini turut menampilkan penampilan istimewa oleh lagenda-lagenda terkenal  dalam industri sukan tanah air yang pasti akan penonton teruja. Malah, lagenda ini turut membantu pelakon dengan berkongsi pengalaman agar pelakon dapat menjiwai watak dengan baik. Bront Palarae telah mendapat tunjuk ajar dari bekas pengulas terkenal Abdullah Hasim bagi menghidupkan lagi wataknya. Sementara itu, Saran Kumar berpeluang berkongsi pengalaman dari bekas penjaga gol kebangasaan, Wong Kam Fook.IMG_0987

Bukan para pelakon sahaja yang berpeluang menimba pengalaman dari lagenda-lagenda terkenal ini malah pengarah Chiu juga berpeluang bertemu dan bertukar pendapat dengan barisan hero sukan tempatan seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Bakri Ibni, James Wong dan Hassan Sani. Pengalaman ini ternyata membantu Chiu memahami dan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bola sepak pada  tahun 80-an.IMG_0581

Menurut Chiu Keng Guan, Pengarah OlaBola, “Saya mengkagumi lagenda-lagenda ini kerana semangat yang mengalir dalam jiwa mereka tidak pernah luntur. Seperti yang ditonjolkan di dalam filem, setiap watak mempunyai tanggungjawab lain selain bola sepak. Namun, sikap mereka yang sentiasa mementingkan disiplin yang tinggi membuatkan mereka maju kehadapan. Unsur disiplin yang ini juga merupakan persamaan yang ada pada sikap lagenda-lagenda ini.”IMG_8169

Chiu juga turut berkesempatan bertemu dengan bekas juru latih pasukan Harimau Malaya pada tahun 1980, Karl-Heinz Weigang. Meskipun sudah 30 tahun beliau meninggalkan pasukan Malaysia namun beliau masih mengingati setiap pemain dan posisi mereka yang pernah berada di bawah kendalian beliau.IMG_5048

Pelakon utama OlaBola iaitu JC merasakan barisan pelakon sememangnya memberi kerjasama ibarat sebuah pasukan. “Saya masih ingat ketika dibabak latihan tentera, saya dan Luqman hampir menyerah kalah. Saya merupakan antara pelakon yang paling tua jika di bandingkan dengan barisan pelakon lain. Jadi saya harus menjadi contoh buat pelakon lain. Sejak itu saya terus berusaha untuk memberikan yang terbaik.”IMG_4503

Bagi pelakon Saran Kumar pula, cabaran dalam membawa wataknya adalah ketika babak di hospital kerana memerlukan dia menangis dan yang paling penting adalah memastikan babak itu mampu menyentuh perasaan penonton. “Saya bukanlah yang jenis mudah menangis. Untuk babak tersebut saya mengambil masa 10 minit untuk menghayati emosi tersebut. Saya amat berterima kasih kerana pengarah dan krew produksi memahami dan tidak jemu memberi sokongan kepada saya.”IMG_4481

OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini adalah sebuah filem yang melambangkan pelbagai budaya di Malaysia, namun semangat cintakan negara membuatkan rakyat negara ini bersatu padu tanpa mengenal latar belakang.IMG_3747

Filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd dan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd serta produksi oleh Woo Hoo Pictures ini bakal menemui para penonton di 126 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 28 Januari 2016. Berlatarbelakangkan tahun 80-an, OlaBola membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Frankie Lee dan ramai lagi.IMG_3742

Saksikan Di Sebalik Tabir filem OlaBola pada 25 Januari 2016, jam 7.00 malam menerusi 12 saluran Astro, Astro RIA (saluran 104 & saluran HD 123), Astro PRIMA (saluran 105), Astro Warna (saluran 132), Astro Mustika HD (saluran 134), Astro Maya HD (saluran 135), Astro Vaanavil (saluran 201), Astro Vinmeen HD (saluran 231), Astro AEC (saluran 301 & saluran HD 306), Astro Wah Lai Toi (saluran 311 & saluran HD 310), Astro Awani (saluran 501), Astro Arena (saluran 801) and Astro SuperSport HD (saluran 810 & saluran HD 831), serta Astro on the Go.IMG_3644

Sementara itu, Panasonic dan MILO adalah selaku penaja utama dan Munchy’s pula merupakan penaja bersama untuk filem ini. Manakala cenderahati t-shirt & hoodies eksklusif OlaBola boleh didapati di laman sesawang www.3ciety.com.IMG_2782

Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.IMG_1017

Sinopsis

Berlatar belakangkan tahun 1980an, OlaBola diilhamkan dari peristiwa sebenar dan mengisahkan tentang sebuah pasukan bola sepak kebangsaan yang di anggotai oleh pemain dari pelbagai bangsa dan harus berdepan dengan pelbagai cabaran demi mengharumkan nama negara serta menggapai impian mereka dalam arena bola sepak.

IMG_0292

IMG_0225

IMG_0033

10 Perkara Menarik Tentang OlaBola

  1. Mengapa OlaBola? Perkataan ‘Ola’ membawa maksud ‘Hello’ manakala maksud ‘Bola’ dalam Bahasa Malaysia adalah sama dengan Bahasa Portugis yang digunakan secara meluas di Brazil.

 

  1. Pengarah Chiu Keng Guan merupakan bekas penyerang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolahnya.

 

  1. Pra-produksi mengambil masa lebih setahun sebelum sesi pengambaran di jalan. Jumlah sesi pengambaran adalah 50 hari. Manakala pasca-produksi hanya mengambil masa 4 bulan.

 

  1. Menjalani sesi penggambaran di beberapa lokasi menarik seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Johor dan Sabah. Turut memaparkan mercu bersejarah seperti Stadium Merdeka, keretapi di Sabah, di antara Beaufort dan Tenom, serta Broga Hill.

 

  1. OlaBola merupakan filem pertama Malaysia yang menggunakan kesan bunyi Dolby Atmos.

 

  1. Menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood.

 

  1. Menggunakan khidmat sinematografi udara terbaik dari Australia, pos produksi dan pemenang anugerah audio dari Taiwan, Tu Duu-Chih. Malah, turut menggunakan khidmat Chin Ting Chang seorang pengarah fotografi dari filem Kano.

 

  1. Membina khas pesta set fun fair. Set pengambaran di Fun Fair tersebut mulanya dilukis secara lakaran kemudian ia dimasukkan ke komputer untuk proses 3D dan akhirnya barulah ia dibina mengikut hasil 3D berkenaan.

 

  1. Kesemua pelakon mempunyai kemahiran bermain bola sepak. Saran Kumar merupkan pemain pertahanan terbaik di sekolahnya.

 

  1. Watak Katrina Ho, iaitu kekasih kepada watak Tauke dipegang oleh tempat kedua Miss Astro Chinese International Pageant 2009.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *