(HIBURAN) Ong Seong Wu Pertama Kali Bertemu Peminat Di Malaysia

Spread the love

Kuala Lumpur, 14 February 2019 – Siap sedia semua….sesuatu yang hebat sedang berlaku!. Aktor Ong Seong Wu mengesahkan akan mengadakan persembahan istimewa untuk pertemuan solo pertama bersama peminat di Kuala Lumpur pada 23 Mac ini di Axiata Arena.

Ini adalah pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang berpusat di Bangkok untuk penyanyi yang juga pelakon dari Korea Selatan berusia 23 tahun.

Aktor ini dalam acara jelajah yang dikenali sebagai “Eternity”. Hatchery menganjurkan acara sama di 3 bandar Asia termasuk Singapura yang menjangkakan sambutan memberangsangkan daripada ‘Wannables’ dan peminat tegar selebriti itu di Malaysia selepas tiketnya habis dijual untuk persembahan di Bangkok dalam beberapa minit selepas dilancarkan.

Ong Seong Wu merupakan seorang bekas anggota Wanna One kali terakhir berada di Malaysia pada April 2018 ketika dia terbabit dalam penggambaran filem terbitan SBS berjudul ‘Law of the Jungle” bersama rakan kumpulannya Ha Soong-wun dan anggota SHINHWA, Yoon Shi-yoon di Sabah.

Tiket dijual menerusi https://airasiaredtix.com/ bermula 16 Februari 2019 mulai jam 10 pagi.

Maklumat lanjut mengenai acara ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia <Eternity>’ adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 23 Mac 2019 (Sabtu)
  • Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
  • Masa: 6 petang
  • Harga tiket: RM580, RM480, RM380 dan RM280

Untuk maklumat lanjut dan terkini boleh melayari Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *