(SUKAN) Legenda Jelajah Eropah dan Bintang ASEAN bakal berentap sempena Kejohanan Maybank

Spread the love

Legenda Jelajah Eropah Thomas Bjørn dan Miguel Ángel Jiménez telah mengesahkan penyertaan mereka di Maybank Championship tahun ini, sekaligus menambahkan kualiti kepada lapangan acara tersohor di Malaysia.

Penyertaan kedua pemain tersebut turut menemani pengumuman Maybank mengenai barisan ASEAN merangkumi lima pemain handal yang menyertai Jelajah Asia dan acara yang diluluskan Jelajah Eropah di Saujana Golf & Country Club di Shah Alam, Selangor dari 21-24 Mac. Pemainpemain ini layak, berdasarkan kedudukan secara keseluruhan mereka di Jelajah Asia, Jelajah Pembangunan Asia dan Kedudukan Rasmi Golf Dunia mereka.

Kuintet ASEAN merangkumi Ye Htet Aung dari Myanmar, Danny Masrin dari Indonesia, Johnson Poh dari Singapura dan dua pemain dari Filipina iaitu Angelo Que dan Juvic Pagunsan.

Penyertaan Bjørn dan Jiménez menambah intensiti ke medan yang sudah cukup unggul yang merangkumi Juara Utama empat kali Ernie Els dari Afrika Selatan dan Kapten Piala Ryder 2020 Eropah Padraig Harrington.

Pemenang Jelajah Eropah sebanyak 15 kali, Bjørn kini menikmati kejayaan setelah menerajui pasukan Eropah untuk meraih kemenangan ke atas Asia di Piala EurAsia di Glenmarie, Shah Alam pada bulan Januari 2018 dan diikuti dengan kejayaan yang tersohor ke atas Amerika Syarikat di Piala Ryder 2018 di Perancis pada bulan September lalu.

Jiménez, yang dikenali sebagai “pemain golf paling menarik di dunia” kerana tingkahlaku beliau di dalam dan di luar lapangan, telah mencatat 21 kemenangan dalam Jelajah Eropah.

Padanan mereka akan menambah persaingan dan keterujaan ke lapangan antarabangsa dalam edisi keempat kejohanan AS$3 juta.

Mengulas mengenai penambahan baru ke lapangan, Presiden Kumpulan dan CEO Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, “Penyertaan Thomas (Bjørn) dan Miguel Angel (Jiménez) adalah berita menarik bagi peminat golf. Begitu juga dengan kategori ASEAN, yang kami anggap sebagai lanjutan komitmen kami untuk menyokong perkembangan bakat tempatan di rantau ini.”   “Kami berharap agar peluang yang diberi kepada lima pemain ASEAN ini khususnya akan membantu mereka untuk meningkatkan permainan mereka di samping memberi inspirasi kepada bakat muda di rantau ini untuk menjadi yang terunggul di dunia. Kami mengharapkan yang terbaik untuk mereka dan para pemain lain dalam kejohanan ini,” tambah Datuk Abdul Farid.

Kejohanan Maybank, dengan slogan ‘Where The Best Meet’ adalah sebahagian daripada acara Race to Dubai sepanjang musim Jelajah Eropah dan akan menampilkan sekurang-kurangnya 15 daripada 150 pemain terunggul di dunia. Ia juga menampilkan tarikan pemain bintang dari negara lain, termasuk Australia, China, India, Denmark, Ireland, New Zealand, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol dan Thailand.

Juara bertahan dan juara Order of Merit Jelajah Asia, Shubhankar Sharma dari India, pemain kedudukan tinggi Gavin Green dari Malaysia, Ryo Ishikawa dari Jepun dan Poom Saksansin dari Thailand adalah antara nama lain yang telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan ini.

Kejohanan Maybank yang merupakan kejohanan golf utama di Malaysia ini bakal menerima penambahan beberapa pemain bintang ke barisan dalam beberapa minggu yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara akan datang dan maklumat lain yang berkaitan dengan Kejuaraan Maybank, sila log masuk ke: www.maybankchampionship.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *