(HIBURAN) Pelancaran Album THE BEST OF ROSSA

Spread the love

THE BEST OF ROSSA merupakan kompilasi album milik penyanyi yang nama penuhnya ialah SRI ROSSA ROSLAINA HANDIYANI Penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat, Indonesia ini yang telah menempa 15 tahun pengalaman dalam bidang seni suara  serta telah menghasilkan 8 album solo dan puluhan lagu single terbaiknya. THE BEST OF ROSSA merupakan satu hadiah kepada peminat beliau yang selama ini menyokong karier beliau selama di dalam industri muzik di Indonesia dan juga Malaysia.  Album ini mempunyai 16 lagu terbaik beliau antaranya “pudar” , “ ayat-ayat cinta” , “atas nama cinta” ,“kini”, “ku menunggu”, “terlanjur cinta” dan lain-lain lagi. Ia juga turut memuatkan 5 lagu baru seperti  “ku pinang kau dengan Bismillah” (duet Ungu), “aku bersahaja” (duet bersama Taufik Batishah), “jangan ada dusta diantara kita” , “tak sanggup lagi” serta lagu duet bersama Joe Flizzow  iaitu “one night lover” yang berbahasa inggeris. Kepada peminat Rossa, pihak Galaksi Media Online memberikan 23 keping foto-foto menarik sekitar majlis berkenaan.

p/s : kredit foto FAP images


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *