(HIBURAN) PELANCARAN BCL, ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT

Spread the love

KUALA LUMPUR- Konsert gabungan dua buah negara memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Namun berbeza untuk kali ini, tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas, akhirnya dipertemukan di atas nama “BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini. Lebih menarik lagi tiga penyanyi dengan peminat tersendiri ini akan disatukan di pentas yang penuh berprestij iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur. 
Yuka yang merupakan penganjur untuk konsert ini merasakan konsert ini memberikan keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Penyanyi yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supermoon ini merasakan konsert ini akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya

“Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat saya bergerak sebagai scbuah penganjur acara,konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing. Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti”, ujar Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertianment Sdn Bhd.

Konsert yang akan berlangsung dalam durasi dua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari enam pemuzik nyanyian Anuar Zain scrta Yuka pula akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan dan tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

Kepada para peminat yang tidak sabar menantikan konsert yang mengabungkan tiga nama ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM2199 (Intimate), RM1599 (platinum), (bronze) dan RM188 (regular) 8 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288.

Berita baik untuk pembeli tiket konsert. Bukan sahaja dapat berhibur bersama penyanyi-penyanyi kesayangan mereka malah terdapat enam eabutan bertuah akan disediakan. Pembeli tiket bertuah akan memenangi iphone 8! Bukan satu tetapi lima cabutan bertuah untuk mereka. Dan semestinya hadiah utama yang diberikan buat seorang pembeli tiket bertuah yang merupakan skuter!

Untuk pembeli tiket intimate,mereka akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar bersama artis serta laluan VIP Manakala pembeli tiket Platinum akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan Vip.

Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethot dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my   tiket juga tuut dijual di kaunter Dewan Plenari KLCC 28 April kelak. Konsert ini dianjurkan oleh Kharisma Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama DTA Fashion Art Performance.

 

Untuk maklumat lanjut : www.yuka.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *