(HIBURAN) PENAUNG ‘RUMAHKU SYURGAKU’ BERAMAH MESRA BERSAMA ARTIS DAN MEDIA

Spread the love

MRF Consultant (M) Sdn Bhd hari ini menerima kunjungan Penaung Skim ‘Rumahku Syurgaku’ iaitu KEBAWAH KAUS YANG TERAMAT MULIA DATO’ JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO’ HAJI MUHAMMED BIN HAJI ABDULLAH DATO UNDANG LUAK JOHOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Majlis Ramah Mesra bersama Penaung ini telah disambut meriah oleh lebih 100 penggiat seni dan media yang turut diundang bersempena majlis penyerahan borang permohonan Rumahku Syurgaku yang telah diperuntukkan sebanyak 1000 unit rumah ketika dilancarkan secara rasmi pada 7 Jun 2022 yang lalu. Berkesinambungan dari tarikh pelancaran tersebut, Yang Teramat Mulia telah berkenan untuk hadir beramah mesra dengan artis lama dan baharu dalam aktiviti sosial kemasyarakatan yang diselaraskan oleh Noraniza Idris, Duta Pelancongan Seni dan Budaya MRF yang telah diberi tanggungjawab selaku penyelaras program Corporate Social Responsibility (C.S.R) anjuran MRF.

NORANIZA IDRIS DILANTIK PEMEGANG AMANAH MENYELARAS 1000 UNIT QUOTA RUMAHKU SYURGAKU

Program khidmat sosial sebegini bertujuan membantu dan memberi sumbangan kepada golongan artis yang memerlukan dan kurang berkemampuan, malah ianya menjadi tanggungjawab MRF bagi meringankan beban artis yang menghadapi masalah untuk mempunyai rumah sendiri. “Bukan mudah untuk menyelaraskan tanggung jawab ini kerana melibatkan harapan dan impian yang perlu direalisasikan. Saya perlu mengkaji latar belakang setiap pemohon lebih awal agar pengagihan rumah ini sampai kepada mereka yang layak sahaja.” Menurut Noraniza, bagi melaksanakan tanggung jawab sebagai penyelaras sangat besar untuk digalas.” Oleh itu, saya telah membentuk kumpulan pengurusan yang terdiri dari kalangan artis aktif dalam aktiviti kemasyarakatan untuk bersama-sama membantu saya mengenal pasti golongan artis yang kurang bernasib baik.”

NORANIZA IDRIS TERIMA HADIAH ISTIMEWA KUNCI RUMAH BAHARU DARI MRF

Bersempena majlis ramah mesra ini, acara penyerahan kunci rumah telah diadakan oleh MRF kepada Noraniza Idris disaksikan oleh Yang Teramat Mulia selaku Penaung projek CSR ini. Penyerahan kunci rumah ini adalah atas sumbangan bakti dan khidmatnya kepada program-program kemasyarakatan yang dianjurkan tanpa berbelah bahagi semenjak 12 tahun yang lalu. “Saya bersyukur kerana selama ini ada insan yang melihat dan menghargai segala usaha saya membangunkan seni dan budaya. Aktiviti CSR secara turun padang membawa saya dekat dengan masyarakat. Dari sini saya dapat mengimbangi kelemahan diri dengan memperbaiki segala kekurangan diri dan menjadikan pengalaman hidup sebagai modul modal insan untuk diturunkan kepada generasi pelapis.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *