(HIBURAN) PERTARUH ‘DELUSI’, MJ – SENSASI DUO TERBARU

Spread the love

Pernah bergerak secara berkumpulan, namun takdir menentukan arah haluan MJ, untuk terus mengorak langkah sebagai penyanyi dalam industri muzik tanah air sebagai pasangan pop duo. Berbekalkan semangat baru, mereka kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Delusi’.

MJ merupakan singkatan bagi gabungan nama pasangan duo ini iaitu Meeyo dan Joe. Meeyo atau nama penuhnya Amirul Shafiq Bin Sukor, 24 dan Muhammad Bazli Bin Zakaria atau Joe, 24 sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Votez selama tiga tahun.

Tutup buku lama, buka buku baru, MJ yang kini bernaung di bawah Golden Callista Music terus bergerak ke hadapan bagi berkongsi minat mereka yang sangat mendalam dalam dunia muzik dan nyanyian serta berharap kehadiran mereka ini dapat diterima melalui karya-karya muzik mereka sejak mula ditubuhkan Januari lalu.

Single pertama mereka, ‘Delusi’ berentak muzik pop rock secara rasminya telah dimuat naik di laman YouTube Golden Callista Sdn. Bhd. pada 20 Jun 2017. Lagu ini merupakan ciptaan bersama JB dan Sharon Paul manakala liriknya pula ditulis oleh JB.

‘Delusi’ yang bermaksud mempercayai sesuatu yang tiada mengisahkan mengenai seorang lelaki yang bercinta dalam khayalannya sendiri. Suka, tapi tidak melafazkan perasaannya itu akhirnya hanya menyakitkan dirinya sendiri kerana tidak berjaya mendapatkan wanita idamannya.

Proses menyiapkan susunan lagu dan vokal bagi lagu ini memakan masa hampir sebulan sejak mereka mendapat lagu ini April yang lalu.

Karya pertama MJ ini juga merupakan buah tangan terbaru dan istimewa buat para peminat yang selama ini mengikuti perkembangan mereka khususnya.

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *