(HIBURAN) Rock The World 16  – ‘Old timer’ membuat kemunculan semula di RTW16

 Rock the World 16 (#RTW16) mengumumkan barisan artis dan jualan tiket di pasaran

TARIKH : 17 Disember 2016 (Sabtu)

MASA : 12pm hingga 11pm (pagar dibuka jam 11am)

TEMPAT : Carpark B, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

WEBSITE : www.rocktheworld.com.my

 

Kuala Lumpur: Rock the World, konsert rock yang ditunggu tunggu setiap tahun akan kembali beraksi untuk kali ke 16 dengan penaja utama Tune Talk yang pasti akan menjadi hari yang menggemparkan dengan persembahan di pentas utama oleh band underground tempatan dan juga old timers seperti Bittersweet, ACAB, Gerhana Ska Cinta, dan Disagree yang akan kembali beraksi setelah sekian lama! Peminat Rock The World juga boleh menikmati kelainan konsert tahun ini dengan persembahan akustik.

 

Konsert akan bermula pada jam 12 tengah hari di Carpark B di Stadium Nasional Bukit Jalil di samping meneruskan tradisi ‘color mosh’ pada jam 6 petang untuk kali ke 4 tahun ini. Festival itu akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai gerai makanan, food trucks dan label tempatan.

 

Tiket RTW16 bernilai RM35 kini boleh didapati di mana mana cawangan Rock Corner seluruh negara serta di pintu masuk konsert. Tune Talk akan membuat promosi istimewa kepada pengguna-pengguna Tune Talk dan berpeluang untuk membawa pulang merchandise rasmi RTW16.

 

Ikuti laman media sosial rasmi Rock The World 16 untuk hadiah percuma dan pengumuman eksklusif:

 

 

Facebook : rocktheworldfestival

Twitter : RockTheWorldMy

Instagram : rocktheworldmy

YouTube : Rock The World

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *