KUALA LUMPUR: The Livescape Group hari ini mengumumkan bahawa platform rock yang begitu dinanti-nantikan, Rockaway, akan kembali lagi tahun ini. Festival yang berhenti beristirehat selama 3 tahun lalu, digelar festival rock perdana Malaysia dan pada masa-masa lalu telah mengetengahkan, antara lain, kumpulan-kumpulan seperti Bring Me The Horizon, Dashboard Confessional, You Me At Six, Sum 41, dan Paramore.
“Kami mengambil masa untuk memperkenalkan semula Rockaway kerana pihak kami sedang merancang sesuatu yang cukup besar. Melihat barisan yang telah kami umumkan hari ini, saya rasa para peminat rock bukan sahaja dari Malaysia, malah dari rantau sebelah sini juga, pasti akan amat teruja. Pihak kami berhasil mendapatkan band-band legenda bermula dari Scorpions, membawa kepada Butterfingers yang telah begitu lama dinantikan hampir tujuh tahun lamanya untuk muncul kembali,” ujar Rahul Kukreja, Pengarah Acara Langsung bagi The Livescape Group.
Akan tetapi kemunculan kembali Rockaway pada 2016 ini akan disemarakkan bukan dengan satu bahkan dua festival besar. Yang pertama, acara dua hari yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 & 30 Oktober. Acara ini dijenamakan sebagai “Rockaway Weekender” akan menampilkan rocker-rocker legenda Scorpions, legenda tempatan Wings dan Muzza’s Mayhem pada Hari 1 (29 Oktober).
Hari 2 (30 Oktober) menyaksikan Wolfmother, dan artis-artis serantau seperti WTNSS, Daarchlea, dan Artefacts. Menurut pihak penganjur, mereka akan berusaha menambah “satu atau dua lagi kumpulan pemuzik antarabangsa” untuk hari ini.
Memandangkan lebih 10,000 peminat dijangka datang pada setiap hari, maka acara “Rockaway Weekender” akan diadakan di B Hillstand di Litar Antarabangsa Sepang berhadapan selekoh 13 hingga 14 trek. Ini membolehkan penggemar konsert menyaksikan perlumbaan MotoGP dari arena Rockaway.
Susulan kepada “Rockaway Weekender”, festival Rockaway kedua, digelar ‘Rockaway The Saga Continues’, berlangsung pada 19 November di Extreme Park, Bukit Jalil. Acara Rockaway 2016 akan menyaksikan kumpulan Third Eye Blind, Taking Back Sunday, dan The Get Up Kids membuat konsert langsung di Malaysia. Festival ini juga akan menjadi suatu nostalgia bagi para peminat rock tempatan kerana pertunjukan ini akan menampilkan Butterfingers yang kembalinya sekian lama dinantikan, yang akan mempersembahkan pertunjukan ulang tahun ke-20 mereka di Rockaway. Selain itu, pertunjukan untuk Zainal Abidin (pertunjukan ulang tahun ke-30) juga turut disusun.
Festival Rockaway kedua jurut menampilkan pengembalian penuh nostalgia bagi wira-wira tempatan Butterfingers, yang bakal mengadakan persembahan penuh mereka buat kali pertama setelah hampr 7 tahun berlalu, ini juga bersempena dengan pertunjukan ulang tahun ke-20 mereka di Rockaway 2016 Finale. Lain-lain persembahan penuh nostalgia termasuklah Zainal Abidin (pertunjukan ulang tahun ke-30), One Buck Short (pertunjukan ulang tahun ke-13), dan kembalinya Alleycats. Festival ini juga menampilkan kolaborasi julung-julung kalinya dengan Radhi OAG yang akan berkongsi pentas dengan Hujan.
Kedua-dua festival “Rockaway Weekender” dan festival Rockaway The Saga Continues disokong oleh Malaysia Major Events (MME), suatu bahagian Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Penganjuran acara ini akan memperkukuh usaha berterusan Kerajaan untuk memantapkan lagi daya tarikan global Malaysia sebagai suatu destinasi Asia terulung bagi persembahan hiburan langsung yang besar, dan dijangka menarik perbelanjaan pelancong bernilai sehingga RM 30 juta.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat peningkatan bilangan pelancong yang datang dari serata dunia untuk menyaksikan acara muzik kita, yang telah menjadi pemangkin utama bagi pelancongan dan ekonomi negara kita. Rockaway memperlihatkan keupayaan Malaysia membawa masuk artis-artis antarabanga yang popular dan pemenang anugerah ke tanahair, yang akan membantu menarik kedatangan penonton asing, ini melengkapkan daya usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mencapai angka 36 juta ketibaan pelancong dan RM168 bilion resit pelancongan menjelang tahun 2020,” kata Tony Nagamaiah, Pengurus Besar, Malaysia Major Events.
Tiket untuk kedua-dua festival boleh dibeli sekarang melalui www.galactix.asia. Para peminat juga boleh datang ke acara ‘A Sunday Rockaway Affair’ di TREC Kuala Lumpur pada hari Ahad, 28 Ogos, untuk membeli tiket dengan diskaun 15%. Promo ini sah untuk satu hari sahaja. Tiket dijual dengan harga daripada RM98 mengikut kategori pas satu hari, pas hujung minggu dua hari bagi “Rockaway Weekender” atau Pasport Rock bagi ketiga-tiga pertunjukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai “Rockaway Weekender” pada 29 & 30 Oktober dan Rockaway The Saga Continues pada 19 November, layari www.rockawayfest.com. Rockaway dianjurkan oleh The Livescape Group dan disokong oleh MME, suatu bahagian dalam MyCEB, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Rakan-rakan kongsi lain termasuk Red Bull Product of Europe (Minuman Tenaga Rasmi), RedBull.Com (Rakan Media Rasmi) dan PARKROYAL Kuala Lumpur (Hotel Rasmi).