(SEMASA) Pelancaran Koleksi Terbaru “ABSTRAX : Vortex State Jersey”  Selangor dan Johor

Spread the love

dav

Pihak Galaksi Media Online telah dijemput oleh pihak ABSTRAX ke majlis pra-pelancaran butik pameran di ibu pejabat ABSTRAX yang telah dinaik taraf di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Butik pameran utama yang dikenali sebagai ABSTRAX Headquarters ini merupakan tambahan ruang pameran di tingkat bawah yang melengkapi antara satu dengan lain dengan ruang di tingkat atas bangunan tersebut. Bersempena dengan majlis tersebut juga, pihak ABSTRAX telah mengumumkan pelancaran koleksi terbaru rekaan jersi mereka iaitu “ABSTRAX : Vortex State Jersey”  Selangor dan Johor yang merupakan kesinambungan kejayaan penjualan siri jersi sebelum ini iaitu #MASterpice Series.

dav

dav

dav

Menyasarkan penekanan kempen untuk meningkatkan jati diri kepada asal usul masyarakat, pihak ABSTRAX  menggunakan tema #NeverAfraid yang bakal menonjolkan identiti si pemakai kepada negeri tanah kelahiran mereka masing-masing.

dav

dav

Apabila ditanya mengenai pemilihan  rekaan negeri Selangor dan Johor sebagai simbolik pengenalan jersi tersebut, CEO ABSTRAX, Dr Faiz Izwan Anuar menjelaskan kepada pihak media bahawa pemilihan dibuat adalah berdasarkan identiti  asal usul ABSTRAX  itu sendiri  bermula di negeri Selangor dan permulaan nombor pengenalan kod negeri 01 yang merujuk kepada negeri Johor. Pihak  ABSTRAX akan melancarkan 5 lagi koleksi rekaan jersi “ABSTRAX : Vortex State Jersey”  secara berperingkat dan masih lagi menjadi kerahsiaan untuk memastikan penjualan koleksi awal ini mengikut perancangan  pihak syarikat dalam usaha meningkatkan sasaran jualan berbanding sebelum ini.  Pihak ABSTRAX menjangkakan penjualan ini akan melebihi penjualan sebelum ini yang mencatatkan jualan sekitar 20 ribu unit semenjak  ABSTRAX dilancarkan.

sdr

dav

dav

sdr

sdr

sdr

Bercakap mengenai kualiti dari segi material dan rekaan jersi itu sendiri, Dr Faiz Izwan Anuar menjelaskan kepada pihak media bahawa ABSTRAX  sentiasa memastikan peningkatan dan pembaharuan dari segi menaik taraf bahan fabrik menerusi pemilihan material yang lebih baik untuk pembuatan disamping menambah baik ciri-ciri terkini mengikut kesesuaian pasaran dan keselesaan pemakai serta setanding dengan produk antarabangsa dengan mengambil contoh perbandingan jersi lama #MASterpice Series dan jersi baru “ABSTRAX : Vortex State Jersey” di mana ciri rekaan tambahan pada jersi baru ini mempunyai rongga  atau lubang untuk pergerakan udara di bahagian sisi badan pemakai . Ruang perudaraan ini direka untuk meningkatkan pengaliran udara ke tubuh pemakai dan memastikan pemakai  kurang berpeluh dan sejuk.

sdr

sdr

dav

dav

Mengenai perancangan masa depan ABSTRAX, Dr Faiz Izwan Anuar berkata, pihaknya akan membuka cawangan ke 3 negeri Johor selepas  Shah Alam dan Bangsar. Perancangan  lokasi yang menjadi pilihan pihak ABSTRAX adalah sekitar Larkin namun ia masih diperingkat kajian dan penilaian pihak ABSTRAX.  Perancangan perniagaan juga akan terbang ke arah yang lebih jauh meliputi negeri Sarawak dan Sabah disamping perancangan tour kiosk perniagaan bergerak mereka yang bakal memulakan penjelajahan tidak lama lagi bagi memastikan penjualan dan promosi koleksi terbaru ini lebih dekat kepada pengikut-pengikut ABSTRAX yang setia di luar dari Kuala Lumpur dan Selangor.  ABSTRAX juga  bakal mempelbagaikan koleksi terbaru berasaskan pakaian sukan yang lain antaranya seluar sukan dan pakaian-pakaian lain serta tambahan segmen produk cenderahati edisi terhad terutamanya untuk peminat-peminat muzik tanah air. Untuk perancangan tambahan, pihak ABSTRAX bakal berkerjasama dengan kumpulan muzik BUTTERFINGERS  yang bakal kembali beraksi di pentas RockAway 2016 sempena dengan ulang tahun ke-20 mereka di Rockaway 2016 Finale.

dav

Sempena pembukaan semula butik pameran yang telah dinaiktaraf itu , pihak ABSTRAX juga mengadakan promosi dan pemberian koleksi eksklusif edisi terhad ABSTRAX Headquater t-shirt kepada pembeli-pembeli bertuah mereka serta diberi peluang beramah mesra dengan duta pakaian rasmi ABSTRAX iaitu pelakon terkenal Beto Kusyairy yang turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Koleksi terbaru “ABSTRAX : Vortex State Jersey”  Selangor dan Johor ini dijual pada harga RM 90 (lengan pendek) dan RM 100 (lengan panjang) dan pembeli boleh membuat tempahan khas nombor  serta nama pada jersi mereka dengan tambahan kos RM 25 sahaja di ABSTRAX Concept Store  Shah Alam dan Bangsar.

Untuk maklumat lanjut, layari www.abstraxjingga.com atau http://shop.abstraxjingga.com serta boleh layari ABSTRAX Jingga FB di http://facebook.com/abstraxjingga

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *