(HIBURAN) Romantika ” Mencari Cinta ” satukan Rusdi Ramli dan Nora Danish

Spread the love

460682_247216758724788_498132887_ocropSMALL

Filem “Mencari Cinta”  lakonan Nora Danish dan Rusdi Ramli bakal ditayangkan pada 25 April 2013 di seluruh negara . Filem yang diarahkan oleh Shirin Haji Khuzaimi ini bergenre romantik percintaan dan dimasukkan sedikit elemen – elemen komedi. Antara barisan pelakon utama mencari cinta antaranya Rusdi Ramli, Nora Danish, Fauziah Gous, Riezman Khuzaimi  dan Connie Ahmad.

nora-danish-dan-rusdi-ramlikredit

Sinopsis :

Mengisahkan Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, Malek tetapi disaat akhir niatnya terbatal kerana Malek dah mempunyai teman wanita lain. Segala persiapan telah tersedia , malah kad jemputan telah diedarkan membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani. Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampung yang begitu dedikasi  dan amanah mengusahakan ternakan lading telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya mila sebab ingin menyambung pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan beliau dan Mila tiada jodoh. Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan Ramlah iaitu isteri kepada arwah abang angkatnya iaitu ibu bapa Razlan. Tujuan awal beliau memang hendak Myra dengan Razlan berkahwin sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.  Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza kerana Razlan dibesarkan cara kampung, manakala Myra lebih cenderung ke arah kemodenan dalam cara pemikirannya. Namun jodoh telah menemukan Myra dan Razlan. Di sini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati di mana pertemuan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi cinta sejati.

 mewncari cintasmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *