(HIBURAN) SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018

Selangor, 2 Ogos 2018 – Untuk tahun kedua berturut turut, Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor (SNPS) bakal kembali sekali lagi. Setelah kejayaan cemerlang SNPS 2017, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor akan menganjurkan SNPS 2018 berlokasi di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Matlamat utama SNPS 2018 adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia untuk berkongsi semangat kebangsaan mereka melalui nyanyian. SNPS 2018 juga adalah program yang menjurus kepada aktiviti aktiviti sihat yang di titik beratkan oleh kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan. Dengan wujudnya aktiviti aktiviti sebegini, ianya mampu untuk melahirkan generasi yang punyai semangat kebangsaan yang tinggi. SNPS 2018 juga adalah aktiviti positif mengisi masa lapang masyarakat dalam usaha membanteras musuh nombor satu (1) negara iaitu najis dadah.
Untuk SNPS 2018, MBPJ akan menjadi tuan rumah sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan iaitu Petaling Jaya selaku salah satu lokasi Kota Seni di Selangor Darul Ehsan. Banyak aktiviti aktiviti kebudayaan dan kesenian telah berlangsung dan yang bakal berlangsung dibawah anjuran oleh pihak MBPJ sepanjang tahun ini. Pastinya SNPS 2018 adalah salah satu program kesenian yang bakal mengangkat Kota Seni Petaling Jaya dengan lebih gemilang.
SNPS 2018 terbahagi kepada 3 kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 19 tahun ke atas (terbuka) sama ada secara solo, duet atau berkumpulan.
Para peserta perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum 12 Ogos 2018 dan pendaftaran adalah percuma. Borang pendaftaran boleh didapati di laman Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau laman Facebook Pemadam Negeri Selangor. Para peserta juga boleh menghubungi melalui WhatsApp talian 016 680 6489 dan link Borang Pendaftaran akan diberikan.Para peserta juga boleh menghantar email di bob@atlasoneevents.com
Para peserta yang mendaftar akan menerima email pengesahan untuk ke ujian saringan yang akan berlangsung selama dua hari berturut turut pada 18 & 19 Ogos 2018 (Sabtu & Ahad) bermula jam 8 pagi bertempat di Kompleks Arena Petaling Jaya (Pusat Rakan Muda). Ujian saringan ini akan diadili oleh tiga juri profesional iaitu penyanyi dan komposer Korie Aminuddin, pengurus artis lagenda Jojie Aminuddin dan guru vokal Sarah Ismail.
Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 September 2018 (Sabtu) bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Mereka akan sekali lagi diadili oleh juri juri profesional iaitu Korie, Jojie dan Sarah. Pada malam yang sama juga, para peserta akan berkongsi pentas bersama selebriti terkenal tanahair iaitu pemenang Gegar Vaganza 2016, Azharina yang bakal menyampaikan lagu lagu beliau untuk menyemarakkan lagi suasana malam Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018.
Selain Azharina, komposer dan penyanyi Korie yang juga juri profesional akan mempersembahkan lagu beliau. Bakat baru Dylea serta selebriti YouTube terkenal, Fauzi Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Gee akan membuat persembahan lagu rakyat ketika pembukaan pertandingan akhir SNPS 2018. Masuk adalah percuma melalui sistem bertiket. Untuk mendapatkan tiket percuma (tiket adalah terhad), sila hubungi 016 680 6489 atau email di bob@atlasoneevents.com
Senarai lagu lagu yang dipertandingkan:
01. Warna Warna Malaysiaku – Datuk Siti Nurhaliza
02. Standing In The Eyes of the World – Ella
03. Anak Merdeka – Ella & The Boys
04. Dirgahayu Tanah Airku – Lagu Rakyat
05. Dikir Puteri – Noraniza Idris
06. Anak Malaysia – Aris Ariwatan
07. Warisan – Datuk Sudirman
08. Hijau Bumi Tuhan – XPDC
09. Sejahtera Malaysia – Zurin Aziz / Roy
10. Hijau – Datuk Zainal Abidin
11. Lagenda – Datuk Sheila Majid
12. Sehati Sejiwa – Alif Satar
13. Gemuruh – Faizal Tahir
14. Arjuna Beta – Fynn Jamal
15. Bahtera Merdeka – Aishah
16. Assalamualaikum – Faizal Tahir
17. Ghazal Untuk Rabiah – Datuk Jamal Abdillah
18. Terbang Tunduk – Fynn Jamal
19. Malaysia – Faizal Tahir
20. Mentera Semerah Padi – Datuk M.Nasir
Senarai hadiah para pemenang berjumlah RM 10,450.00 (jumlah terkumpul) :
Bawah 12 tahun
1. RM1000
2. RM700
3. RM400
4. RM150
Bawah 18 tahun
1. RM1500
2. RM1000
3. RM500
4. RM200
19 Tahun ke atas
1. RM2500
2. RM1500
3. RM700
4. RM300
Laman Rasmi: www.mbpj.gov.my
Facebook: Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Instagram | Twitter | YouTube: pjcitycouncil
Tel: +603-79563544 | Faks: +603-79581494

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *