(HIBURAN) SEARCH : LIVE IN ISTANA BUDAYA 2014

Spread the love

EZA_1586cropGMO

Anda rindukan kelibat kumpulan SEARCH ?? Jika YA… anda bakal melepaskan kerinduan pada mereka pada 4 – 7 Disember 2014 nanti apabila secara rasminya kumpulan ini bakal mengegarkan pentas termasyhur negara iaitu Istana Budaya tidak lama lagi.

IMG-20141008-WA010cropGMO

Setelah hampir 3 tahun tanpa konsert berskala besar yang mana kemunculan terakhir mereka ketika Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Mines Convention Centre Seri Kembangan Selangor maka pada sidang media yang telah berlangsung di Istana Budaya, Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya bakal membawakan persembahan SEARCH buat pertama kalinya di pentas berprestij itu.

Amy, selaku vokalis utama kumpulan SEARCH berkata, beliau amat berbesar hati apabila akhirnya kumpulan SERACH diberi peluang mengadakan konsert di Istana Budaya. Amy berjanji, kemunculan kali pertama mereka di Istana Budaya nanti adalah konsert yang lain daripada yang lain.

Apa yang menariknya akan berlaku pada persembahan tersebut nanti adalah, persembahan selama 2 jam tersebut bakal diiringi oleh kumpulan PALADIN yang dianggotai oleh 4 pemain Cello. Peminat juga bakal menyaksikan gabungan Amy dan Moq buat pertama kalinya menyanyikan lagu Kejoraku Bersatu yang pada asalnya dinyanyikan oleh Moq yang juga merupakan bekas vokalis Search.

Tidak lengkap sekiranya tanpa kehadiran pemain dram utama SEARCH iaitu saudara Yazit, beliau juga disahkan bakal beraksi pada konsert tersebut. Pada umumnya , ramai yang sedia maklum tentang kesihatan Yazit, tapi semangat setiakawan yang telah terjalin hampir 35 tahun membuatkan beliau akan turut sama di dalam konsert tersebut walaupun kemunculan beliau akan terhad kepada beberapa seleksi lagu sahaja demi menjaga kesihatan beliau. Search turut merancang untuk mengadakan sebuah segmen khas sebagai menghargai dan menghormati sahabat mereka itu.

EZA_1519GMO

Tiket untuk menyaksikan konset berkenaan dijual pada harga RM109, RM209, RM309, RM409 dan RM799 (VIP)  bermula 15 Oktober ini dan boleh dibeli secara atas talian di www.ticketpro.com.my.

Sebahagian daripada kutipan jualan tiket konsert ini juga akan disalurlan kepada Tabung Gaza.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *