(HIBURAN) SETIA HUJUNG NYAWA RAYA’

Spread the love

Setia Hujung Nyawa Raya - Tunggak utama, Amar Ashraf dan Nelydia Senrosesmallgmo

Selepas drama siri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa berjaya mencetuskan satu fenomena pada awal tahun lalu, pasti ramai yang merindui drama romantik lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose ini. Menjelang Hari Raya Aidilfitiri yang bakal diraikan pada 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434, TV3 akan mempersembahkan drama Setia Hujung Nyawa Raya khas buat peminat drama terbitan Suhan Movies ini.

Telemovie yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Shah Iskandar (Syawal), Anzalna (Maisara), Ruminah Sidek (Nenek) dan Aedy Ashraf (Qarun).

SETIA HUJUNG NYAWA RAYA mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain. El yang kini sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas. Pantang Zain silap cakap sikit pasti El akan merajuk berjam-jam. Zain hanya mampu bersabar meskipun dia geram kerana dilayan seperti ‘bibik’.

Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur saja. Pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif. Zain mengajak El menonton drama Korea bersama-sama, belajar mengait melalui internet, membuat buku skrap artis pujaan El iaitu Lee Min Ho dan banyak lagi.

Selepas ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan Umrah, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zain. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisara muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya suka perangai Maisara yang gila-gila, kelakar dan nakal. El mula buat perangai dengan mengurung dirinya di dalam bilik.

Sementara itu, Syawal yang merupakan sepupu Maisara turut pulang ke kampung. Zain tidak suka dengan Syawal sejak dari kecil kerana Syawal sering dipuji dan itu membuatkan Zain cemburu dengan kelebihan Syawal. Tambahan pula, Syawal agak rapat dengan Maisara sejak kecil.

Ketika Maisara berdiri atas kerusi untuk memasang langsir, Zain dan Syawal berebut untuk membantunya. Di saat itu juga, nenek memanggil Syawal dan ketika itulah Maisara terjatuh. Zain segera menyambut Maisara dan disaksikan oleh El. El merajuk dan terus melarikan diri dari rumah tanpa seorang pun menyedarinya. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA RAYA pada malam pertama Raya, 7 Ogos 2013, jam 9.15 malam – 11.00 malam hanya di TV3! Penonton juga boleh layari Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *