SHAE atau nama sebenarnya Sheryl Gething, merupakan seorang gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Pendatang baru arena seni suara ini bukanlah calangan orang. Berbekalkan suara yang lantang dan lunak persis Alanis Morisette dan Alicia Keys, SHAE tentunya bakal menggegar industri muzik benua asia!
SHAE memulakan kariernye beberapa tahun lalu semasa beliau masih menjalani pengajian di peringkat sekolah menengah. Posan Tobing (pemain drum Winner Band) merupakan antara orang yang mencetus penglibatan SHAE dalam industri muzik ketika itu. Menurut Posan, SHAE memiliki aura yang tersendiri. Suaranya yang unik telah memukau Posan lantas memikat beliau untuk menjalin kerjasama bersama SHAE. Dalam tempoh 1 tahun setengah kerjasama ini, maka terhasil album sulung SHAE yang diterbitkan oleh Posan sendiri.
Album “The First” turut memuatkan lagu “Kok Telfon Telfon Sih” yang sangat ‘catchy’ dan pastinya enak didengari. Berbeza daripada lagu “Sayang”, single kali ini memperdengarkan suara SHAE yang lantang dan kuat. “Kok Telfon Telfon Sih” menyampaikan mesej betapa jelaknya si gadis dengan panggilan-panggilan daripada bekas kekasihnya. Masih mengekalkan tema cinta dalam lagu nyanyian beliau, SHAE memperjuangkan muzik pop dengan mesej-mesej jelas dan ringan, sesuai dengan imej beliau yang muda ceria!
Dengan karakter vokal yang begitu jitu, SHAE juga dianugerahkan wajah yang anggun, darah kacukan daripada dua rantau yang berbeza, Australia (bapa) dan Riau (ibu). Dengan imejnya yang bersih, SHAE merupakan ikon anak-anak muda yang sentiasa mengingini kelainan dan penuh inspirasi. Tidak hanya bertumpu pada bidang nyanyian, jiwa mudanya mendorong SHAE untuk turut mencuba beberapa bidang lain seperti fesyen dan lakonan. Ilmu yang diperoleh daripada kelas lakonan membantu beliau dalam mengekspresi penghayatan lirik, manakala ilmu fesyen pula diaplikasikan dalam ‘persembahan’ imej beliau sebagai seorang penyanyi yang riang!
Selain itu, SHAE juga berbakat dalam ilmu tarian, hal ini menyempurnakan lagi persembahan beliau di pentas nyanyian. Dengan bakat yang serba boleh ini, SHAE tentunya pakej yang sempurna sebagai seorang bintang yang bakal menyinari industri muzik benua asia ini!
Lirik SAYANG
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu