Tag: SHAE

(HIBURAN) UNDI SHAE SEBAGAI CALON TERAKHIR BAGI KATEGORI ARTIS ASIA TENGGARA TERBAIK DI ANUGERAH MTV EMA (EUROPE MUSIC AWARD).

image002Shae, seorang penyanyi yang mempunyai darah kacukan Australia dan Indonesia ini telah meraih penghargaan 10x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) bagi lagu ‘Sayang’ di Malaysia. Setelah kejayaan Shae melalui lagu ‘Sayang’ yang mencecah melebihi 2 juta muat turun ring back tone (RBT), ‘Sayang’ juga telah dinobatkan sebagai muat turun yang terbanyak pada tahun 2014/2015 di Malaysia. Selepas mendapat kejayaan yang gemilang melalui lagu ‘Sayang’, Shae telah kembali dengan sebuah lagu yang diberi nama ‘Seperti Magic’ yang turut dimuatkan di dalam album kedua beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’. Kehebatan yang dimiliki Shae telah membuatkan beliau terpilih bagi calon wildcard untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award). Read more →

(HIBURAN) ALBUM KEDUA ‘SEPERTI MAGIC’ SHAE

Shae - Seperti Magic

Shae, seorang penyanyi yang mempunyai darah kacukan Australia dan Indonesia ini telah meraih penghargaan platinum untuk album sulungnya “The First” di Indonesia pada 16 Febaruari yang lalu bersempena dengan pelancaran album terbaru beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’ dan 10x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) bagi lagu ‘Sayang’ di Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Kolaborasi SHAE & NUKILAN Melalui Lagu RINDU

Shae & Nukilann

Setelah kejayaan Shae melalui lagu ‘Sayang’ yang mencecah melebihi 2 juta muat turun RBT, ‘Sayang’ telah dinobatkan sebagai muat turun yang terbanyak pada tahun 2014. 2 juta muat turun RBT bukan angka yang mudah untuk dicapai walaupun bagi artist lama apatah lagi artis baru yang mahu menapak di dalam Industri Muzik Tanahair. Bagi Shae, beliau bukan sahaja meraih kejayaan tersebut malah telah membuktikan  sebagai artist yang pertama berjaya memecahkan rekod penjualan digital ‘Zakiah Zakiah’ oleh Jinbara & Ahli Fiqir.  Dengan reputasi itu, Shae agak berhati-hati untuk mengeluarkan single terbaru beliau. Kali ini agak berbeza kerana Shae telah memberi kepercayaan kepada Malique untuk menghasilkan single terbaru dan berkolaborasi bersama artis terbaru di bawah naungan Qarma MusiQ (syarikat rakaman hakmilik Malique).    Read more →

(HIBURAN) SHAE TERIMA ANUGERAH 5X PLATINUM BERKEMBAR UNTUK LAGU ‘SAYANG’

IMG_9193small

MASIH ingatkah lagi anda kepada penyanyi dari Indonesia yang popular dengan single pertamanya, “Sayang” yang berjaya menjadi fenomena luar biasa sebelum ini? Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal dari Jakarta, Indonesia ini mula mencipta namanya di persada muzik tanah air  melalui single pertamanya “Sayang” yang dipetik dari album sulung ‘The First”.  Album tersebut berada di pasaran tempatan pada 14  November 2012. Read more →

(HIBURAN) SHAE – ‘CINTAKU TLAH MATI UNTUKMU’ KINI DI YOUTUBE

image008

Berbekalkan suara yang lantang dan lunak, Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal daripada Jakarta, Indonesia ini tentunya telah menggegarkan industri muzik Malaysia melalui single pertamanya ‘Sayang’. Shae yang memiliki auranya tersendiri telah mencuri hati para peminatnya melalui lagu ‘Sayang’. Namun, ia tidak mustahil untuk beliau mencuri hati para peminat beliau buat kali kedua melalui single keduanya ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ yang juga dipetik daripada album sulungnya “The First”. Read more →