(HIBURAN) Sheila On 7 – 20 tahun dalam industri muzik

Spread the love

IMG_1371

Dahsyat, luarbiasa dan puas. Itu tiga perkataan yang digambarkan rata-rata peminat yang menyaksikan konsert sempena 20 tahun band terkenal Indonesia, Sheila On 7 (SO7) yang berlangsung di Star Expo pusat membeli-belah Kenanga Wholesale, Kuala Lumpur, pada malam Ahad.

so7Disaksikan kira-kira 8000 peminat bukan saja peminat Malaysia malah dari Brunei, Singapura juga Indonesia, konsert yang diberi nama Konsert Teman, Sahabat & Cintaku bermula agak lewat kira-kira jam 9.45 malam.

Sorakan peminat semakin kuat sebaik saja melihat lima pemuzik pujaan ini iaitu Duta, Eross, Brian dan Adam muncul di pentas.

IMG_1409Pantas menggamit memori Sheilagank (gelaran peminat), SO7 memulakan persembahan dengan lagu hits mereka seperti Pria Terhebat, Jap, Sahabat Sejati Hari Bersamanya dan Pemuja Rahasia.

“Ngak tau sama ada kalian yang datang ini setua Sheila On 7 atau masih muda-muda, ya. Tapi Sheila On 7 ini band baru ya?,” tanya Duta kepada penonton dengan nada bergurau

IMG_1463“Mungkin kami sudah agak berumur, jadi minta kalian nyayi juga bersama-sama ya!!, ” pintanya sebelum meneruskan nyanyian lagi Tanyaku dan Kita.

Deretan lagu lain yang didendangkan seperti Tunjuk Satu Bintang, Percaya Padaku, Seberapa Pantas, Sephia, Betapa, Hujan Turun. Serta Kau Kini Ada, Pria Kesepian secara medley.

Mengakhiri konsert selama lebih kurang dua jam, SO7 meninggalkan peminat dengan lagu Lapang Dada, Melompat Lebih Tinggi, Dan dan Kisah Klasik.

IMG_1450“Terima kasih semua! kerana membuatkan kami merasa seperti di rumah sendiri”, ungkap Duta sebelum menutup persembahan.

Kredit artikel : Malaysian digest

Terdahulu, konsert anjuran Mawlaya Network Sdn Bhd ini turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Noh Salleh dan Restoe Ibu Band dengan lagu seperti Musim Hujan, Aku Skandal, Biar Seribu, Angin Kencang dan Bunga di Telinga.

Serta penampilan penyanyi muda berbakat, Nadira Adnan yang mempersembahkan singlenya Isi Hati dan berduet bersama Noh menerusi lagu Sang Penikam.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *