(HIBURAN) Single Kedua Lynnzay Affandy – ANGEL DUST (Lynnzay Affandy feat. Tactmatic)

Spread the love

ANGEL DUST adalah single kedua daripada Lynnzay Affandy di saat single pertamanya ‘Jejaka Idaman 2.0’,hasil olahan semula lagu 80-an yang berjaya mencetuskan kontroversi dan menjadi topik perdebatan peminat muzik tempatan sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah Lynnzay.
Kali ini, Lynnzay lebih berani untuk menampilkan lagu hasil ciptaan sendiri yang berbahasa Inggeris dengan tujuan untuk menunjukkan gaya sebenar muzik Lynnzay ke mata Malaysia.
Bersama iringan muzik yang rancak dan catchy serta segar, hasil susunan penyanyi hiphop atau ‘rapper’ yang menggelarkan dirinya Tactmatic, Lynnzay juga telah memilih Tact untuk menyanyikan bahagian ‘rap’ bagi memeriahkan lagi lagu ini. Tactmatic sendiri mempunyai reputasi yang hebat di dalam dunia muzik hiphop ‘underground’.
Bersama pengaruh yang kuat daripada koleksi lagu-lagu awal dari penyanyi idola Lynnzay,iaitu Britney Spears, Lynnzay ingin menanamkan unsur positif dalam diri setiap pendengar yang menikmati lagu-lagunya.
Dengan lirik yang boleh di katakan agak jujur dan terus-terang,lagu ini boleh di jadikan luahan cinta di corong radio oleh para pendengar. Memandangkan ini adalah lagu yang menyampaikan mesej cinta yang boleh di katakan agak tipikal, maka Lynnzay ingin memberikan kelainan dalam konsep muzik video lagu ini.

Apa yang menarik,muzik video ‘ANGEL DUST’ di arahkan sendiri oleh Lynnzay bersama produksi yang di binanya sendiri bergelar L.A Creation.
Selain daripada drama pendek berunsur percintaan yang ringkas dalam muzik video ini bersama hasil lakonan Lynnzay dan Faisal Ariffin (pengacara ‘OVER THE TOP MBSB’ di TV3), Lynnzay juga menerapkan unsur-unsur tarian.Yang menariknya, penari yang Lynnzay gunakan untuk muzik video ini adalah penari bersaiz XL atau ‘plus size’.Kedua-dua penari berbadan dan berbakat besar ini juga adalah merupakan pereka tari untuk lagu ini.
Dengan tujuan untuk menerapkan mesej ‘TIADA DISKRIMINASI’ buat mereka yang berbakat, Lynnzay ingin memberi peluang kepada mereka dan bekerjasama sama dengan dua gadis berbadan besar ini.
Dengarkan ‘ANGEL DUST’ dan nikmati kesegaran lagu ini untuk membangkitkan rasa gembira dan ceria dalam diri anda.
Rasakan gaya sebenar Lynnzay Affandy dan semoga anda terhibur.

More about Lynnzay?
Facebook : http://www.facebook.com/LynnzayAffandy
Twitter : http://www.twitter.com/LynnzayAffandy


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *