(HIBURAN) Siri Jelajah Promosi Malaysia – JUDIKA

IMG_0712

KUALA LUMPUR : 27 April 2013 – Jika penonton yang mengikuti drama bersiri “ Cinta Jangan Pergi “ lakonan Tiq Zaqiyah dan Remy Ishak, pastinya lagu runut bunyi (OST) untuk drama ini iaitu “Setengah Mati Merindu” menjadi siulan di akhiran setiap episod malahan lagu “ Bukan Dia Tapi Aku “  juga pasti pernah didengari corong radio. Lagu “ Aku Yang Tersakiti ” pula telah dimuaturun sebanyak 250 ribu unit dan melayakkan penyanyi lagu ini menerima anugerah platinum berkembar.

IMG_0751

Pemilik nama JUDIKA NALON ABADI SIHOTANG atau nama komersial beliau JUDIKA merupakan penyanyi yang dimaksudkan dan berada di Malaysia untuk rangka siri jelajah promosi di Malaysia bermula 25 April sehingga 1 Mei 2013. Penyanyi yang berasal dari Sidikalang , Dairi, Sumatera Utara Indonesia ini diterbangkan oleh pihak SONY MUSIC ENTERTAINMENT MALAYSIA ke Kuala Lumpur dan membuat persembahan secara tertutup untuk para peminat dan pihak media di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

judika compismall

Penyanyi yang dikesan bakatnya semenjak di bangku sekolah lagi di mana beliau membentuk sebuah kumpulan bersama teman dan menjuarai Bahana Suara Pelajar untuk daerah Sumatera Utara.  Beliau juga merupakan Naib Juara INDONESIAN IDOL musim ke 2 telah merakamkan album pertama berjudul SERI CINTA (2005) manakala album kedua berjudul ONE (2007) yang memuatkan lagu hits “ Bukan Rayuan Gombal” dan “ Malaikat”. Pada tahun 2010 , JUDIKA  muncul dengan album solo ketiga berjudul SETENGAH MATI MERINDU yang menyerlahkan beliau sebagai penyanyi dan juga komposer. JUDIKA juga pernah menyertai projek band di bawah kelolaan Ahmad Dhani iaitu sebagai vokalis utama band MAHADEWA. JUDIKA sempat merakam 2 buah album bersama MAHADEWA iaitu CINTA ITU BUTA (2011) dan RESTOE BOEMI II (2012). Bakat beliau bukan sahaja pada nyanyian, malahan JUDIKA juga pernah menunjukkan kemampuan beliau dalam bidang lakonan melalui filem SI JAGO MERAH, THE TARIX JABRIX, BOLA ITU BUNDAR dan IMPAL (PARIBAN). JUDIKA pernah menerima anugerah PENDATANG BARU LELAKI TERBAIK di Indonesia Movie Awards 2009. Di Malaysia pula, JUDIKA dikenali melalui pertandingan IKON ASEAN yang disertainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *