(HIBURAN) SonaOne 2nd Single #Hakeleh

Spread the love

IMG-20141118-WA0018

SonaOne, berdarah kacukan Perancis-Malaysia, merupakan seorang MC, produser, penulis lirik dan artis graffiti. Beliau mula berkecimpung di dalam dunia kreatif ini dengan berjinak-jinak dengan cat sembur, meninggalkan hasil nukilan beliau di tembok-tembok sekitar kotaraya. Nama beliau dikenali sebagai artis graffiti pada usia seawal 12 tahun.

Di usia 15 tahun, SonaOne telah mula menjadi seorang komposer lagu dan membantu rakan-rakan beliau menghasilkan muzik mereka. Bakat SonaOne yang masih mentah ini mendapat perhatian daripada Joe Flizzow, dan beliau menyertai keluarga Kartel secara rasminya pada tahun 2010. Sejak dari itu, SonaOne tidak lagi menoleh ke belakang dan terus bekerja keras dalam mengembangkan lagi bakat beliau dalam industri muzik ini. Beliau menghasilkan 4 mixtapes dan mendapat lebih daripada sejuta muat-turun. Penglibatan beliau dalam lagu-lagu seperti “Who Do It Better”, “Havoc” dan “Apa Khabar” bukan sahaja telah membuka mata para pendengar, malah telah mendapat penghormatan yang tinggi dari rakan-rakan seperjuangan. Sesungguhnya pujian kritis sedemikian boleh dibuktikan melalui 5 pencalonan beliau di Anugerah Industri Muzik Ke-21 yang akan datang.

IMG-20141118-WA0013

SonaOne telah melancarkan hit single beliau – No More pada 9 Disember 2013. Lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh beliau dan merupakan lagu yang berkait rapat dengan pahit-manis dan asam-garam kehidupan seharian. Merungkai kebenaran di mana manusia serta keadaan akan berubah seiring dengan peredaran masa. Kejayaan besar lagu ini berjaya meraih tempat pertama dalam carta radio dan iTunes di seluruh negara.

IMG-20141118-WA0007

Eksplorasi kreatif SonaOne tidak berhenti di situ sahaja. Nantikan kemunculan beliau sebagai hos musim ke-2 rancangan travel-log “HipHoppinAsia: The Saga Continues” yang akan mengikuti pengembaran beliau merentasi negara-negara Asia seperti Korea Selatan, China, India dan banyak lagi!

Mengenai Hakeleh, SonaOne telah bersedia untuk melancarkan single kedua beliau yang diberi tajuk “Hakeleh”. Lagu ini berkisar tentang diri beliau sendiri yang berdarah kacukan dan juga lirik yang diberi nafas dan gaya baru dalam penulisan Bahasa Melayu. Para pendengar dan peminat pasti tidak akan meragui tentang semangat Malaysia yang tetap utuh tersemat dalam diri beliau.

“Hakeleh” bakal dilancarkan di iTunes, YouTube, Radio dan TV bermula daripada 18 November 2014.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *