(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

Spread the love

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013.

Program 13 episod ini akan memaparkan perjalanan 13 orang selebriti tanah air yang menceburi bidang keusahawanan dan telah memulakan perniagaan mereka sendiri. Menerusi Selebriti Bizz, para penonton juga berpeluang untuk mengetahui cabaran dan usaha selebriti-selebriti ini untuk mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.

Antara 13 selebriti tanah air yang terlibat dalam program ini termasuklah Nik Michael Imran, Sazzy Falak, Fizo Omar, Dynas Mokhtar, Mawi, Atilia, Daphne Iking, Yasmin Hani, Farish Aziz serta ramai lagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Raqim Ahmad berkata, “Sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, kami sentiasa peka di atas kehendak para pelanggan yang mempunyai citarasa dan permintaan yang berbeza. Oleh itu, kami berazam untuk terus menawan hati mereka dengan memberikan kepelbagaian dalam rancangan-rancangan yang ditawarkan.

 

Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program Selebriti Bizz khas untuk tontonan semua penonton sasaran kami. Menerusi program ini, para penonton dapat menyoroti kisah 13 orang selebriti kesayangan mereka dalam mengukuhkan perniagaan masing-masing. telah kami terokai bagi menyelongkar isi alam dan budayanya yang berwarna-warni untuk dikongsi bersama para penonton.

 

Kami berharap dengan adanya program-program berkonsepkan realiti seumpama ini dapat membuka mata dan mendedahkan orang ramai tentang bidang perniagaan yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.”

Selama 30 minit, Selebriti Bizz akan mengupas kisah selebriti kegemaran dan perniagaan masing-masing yang mana ia dilihat setaraf dengan produk dan servis berjenama yang terdapat dipasaran hari ini merangkumi produk kosmetik, spa ataupun pakaian fesyen.

Selain itu, penonton di rumah juga dapat mengetahui perkembangan mengenai selebriti kegemaran mereka dan kehidupan sebagai seorang penyanyi atau pelakon.

Program ini akan memberi pandangan yang lebih dalam tentang usaha perniagaan mereka daripada segi idea pembukaan perniagaan tersebut, cara ia dijalankan dan bagaimana dia menguruskan sementara tidak melupakan profesion masing-masing sebagai penghibur.

Jangan lupa menyaksikan program Selebriti Bizz yang boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula 27 Ogos 2013. Selamat menonton!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *