(HIBURAN) ‘LUAR BIASA’ dari Lynnzay

Cover Art 'LUAR BIASA'(1)

Dubstep? Kita hanya mendengar kehebatan penyanyi antarabangsa atau lagu berbahasa Inggeris bergenrekan dubstep. Peminat dubstep di Malaysia juga agak ramai dan kebiasaannya kita mendengar lagu-lagu daripada DJ terkenal,Skrillex.

Namun dengan beraninya, Lynnzay penyanyi baru yang secara berterusan menerbitkan lagu-lagu ciptaannya sejak kontroversi lagu Jejaka Idaman 2.0 telah muncul dengan lagu dubstep terbaru bersama kolaborasi dua DJ muda dari Ipoh yang bernama ‘Abducted Mind’ baru-baru ini.

Lynnzaysmall

Lagu yang di beri tajuk ‘LUAR BIASA’ sememangnya luar biasa kerana ia boleh di label sebagai lagu dubstep Melayu pertama di Malaysia.Tidak mahu berada di takuk lama,Abducted Mind tertarik dengan cara penyampaian Lynnzay dalam ‘Jejaka Idaman 2.0’ dan dengan yakin memilih penyanyi yang serba boleh ini untuk mencipta lirik dan melodi vokal serta menyanyikan lagu ini.

Ini adalah single pertama Abducted Mind untuk memperkenalkan nama mereka sebagai pembikin muzik dan DJ ke mata Malaysia.Namun ramai yang tidak faham konsepnya.Seperti mana anda tahu kewujudan lagu dan single David Gueta featuring Rihanna atau Afrojack featuring Akon dan Skrillex featuring La Roux,di Malaysia kita sudah mula dengan konsep ini dengan Abducted Mind featuring Lynnzay.

abducted mindgmo

Walau bimbang penerimaan pendengar pendengar Malaysia yang mungkin lebih cenderung mendengar lagu-lagu berentak perlahan dan lembut, Abducted Mind dan Lynnzay yakin peminat-peminat dubstep dan lagu-lagu rancak pasti akan tertarik dan lebih yakin dengan produk tempatan boleh setaraf dengan pemuzik antarabangsa.

Mungkin pengenalan genre DUBSTEP belum meluas.Tetapi dengan keberanian penggunaan Bahasa Melayu di dalam lagu dubstep sebegini, kita dapat melihat kepelbagaian dan kemajuan muzik tempatan.

Komen Lynnzay sendiri, “Saya tahu lagu ini agak ganas bagi sesetengah pendengar namun sebenarnya saya tahu juga mesej positif dan aura lagu ini boleh memberi semangat pada yang mendengar.Saya percaya pada kebolehan Abducted Mind dan saya pasti warna ruang seni akan lebih menarik dengan kewujudan muzik-muzik yang baru.Saya minta Malaysia beri peluang dan buka minda untuk sesuatu yang baru.Percayalah,ini memang ‘LUAR BIASA’ :)”

Semoga ‘LUAR BIASA’ mendapat tempat di hati pendengar muzik tempatan.Tahniah kepada Abducted Mind.

Dengarkan lagunya di sini dan nilailah sendiri – https://soundcloud.com/abductedmind/abducted-mind-ft-lynnzay-luar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *