(HIBURAN) SPY M – GELAGAT SUSPEN DAN KOMEDI ANAK BERANAK EJEN PENYIASAT BIDAN TERJUN

Spread the love

Petaling jaya,29.11.2012-cuba bayangkan jika anda tiba2 kehilangan binatang peliharaan kesayangan,adakah anda akan terus menghubungi pihak berkuasa seperti polis ataupun pernahkan anda terfikir untuk mendapatkan khidmat penyiasat persendirian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi?walaupun bukan 1 teknik penyelesian yang popular dikalangan masyarakat kita apabila berhadapan dengan konflik peribadi ataupun kes2 luar biasa.namun hati pasti terhibur dan persoalan bakal terjawab menerusi kisah menarik gelagat si ibu dan anak yang menjadi bidan terjun bertugas sbg ejen penyiasat dalam drama bersiri terbaru tv3,spy m

menyusuli bini2ku perkasa,saksikan sebuah drama bersiri aksi komedi,spy m mulai 3 disember 2012 setiap isnin jam 9 mlm menerusi slot aksi.drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh radius one sdn bhd dan dirahakan oleh ramli long yang juga pernah mengarah siri komedi popular tv3 paan dan paiz sblm ini.selain drpd teraju utama sharifah shahira dan wan sharmila,drama bersiri ini turut menampilkan pelakon2 popular seperti amyza adnan,adik ahmad daniel,zalif sidek,addy ashraf dan ramai lagi

kisah bermula apabila sebiji batu meteor yang sedang terbang melintasi planet bumi telah terlanggar sebuah satelit malaysia menyebabkan ia terpesong arah laluanye dan menjunam jatuh ke dalam semak samun di sebuah kampung pedalaman.malangnya tiada sesiapa pun yang menjadi saksi kepada kejadian misteri tersebut kerana hari telah lewat malam

keesokan harine,milah(sharifah shahira) pagi2 lagi dikejutkan dgn suara kak besah yang mengadu gelangnye hilang.kak besah meminta bantuan milah yang sememangnye terkenal di kampung mereka dengan kebolehan menyiasat untk mencari gelangnye.pada waktu yang sama anak perempuan milah,salsabilah(wan sharmila) pula terpaksa tinggal di rumah untk menjaga adiknya,fiq(adik ahmad daniel)yang menghidap sakit lelah

tiba2 fiq terlihat 1 cahaya misteri yang datang dari batu meteor berhampiran semak di belakang rumah mereka dan bergegas keluar utk meliaht apakah punca sinaran itu.salsabila yang cuba menghalang fiq dengan secara tidak sengaja menyebabkan fiq tersentuh batu meteor itu.kedua beradik amat terkejut apabila ada satu arus elektrik yang mengalir keluar dari batu itu dan menyambar mereka berdua.sal dan fiq terus jatuh pengsan manakala batu meteor itu hancur meletop.sebaik sahaja tersedar sal dan fiq mula rasakan yang ada sesuatu tidak kena pada diri mereka.

gembira dengan penemuan gelangnya hasil siasatan milah,kak besah menyarankan agar milahj mencuba nasib meminta kerja sebagai ejen penyiasat peribadi selepas terbaca iklan jawatan kosong di madam jJ PI,sebuah agensi penyiasat terkenal di kawasan itu.bukan sahaja milah gagal mendapat kerja,malah penampilan ala kampungnya diketawakan Madam J.Ketika pulang,milah berkenalan dengan datin que yang menawarkan milah ganajran yang lumayan jika berjaya menjejaki kucingnya yang hilang..

Siasatan milah telah membawa kepada penemuan rahsia kejahatan orang gaji Datin que yang bernama seri.rupr1 rupanya seri merupakan dalang utama kepada kecurian kucing kesayangan datin que.seri telah menjual kucing datin kepada orang lain dan merancang dengan teman lelakinya untuk merompak semua barang kemas datin que.oleh kerana takut rahsia dan komplot jahatnya di bongkar milah,seri terus memukul kepala milah sehingga pengsan dan menyembunyikan milah di rumah teman lelakinya. seri turut mencederakan datin que dan mengugut supaya wanita kaya itu mengikut kehendaknya dan membuka peti emasnya.

sementara itu sal yang berada di rumah menjadi semakin risau apabila kelibat ibunya tidak muncul2 selepas seharian keluar menghadiri temuduga disyarikat Madam J PI.sal ingin berkongsi rahsia dengan ibunya tentang penemuan batu meteor dan kuasa luar biasa yang terdapat pada dirinya.sal sedar yang dia berupaya membaca pemikiran orang lain apabila disentuh serta mengimbas kembali akan perbuatan yang dilakukan individu berkenaan sejurus sebelum waktu kejadian.seakan tidak percaya,fiq pula mampu untuk bergerak dengan pantas walaupun secara logiknya fizikal adik lelakinya tidak begitu mengizinkan kerana penyakit lelahnya.

bimbang akan sesuatu yang buruk telah menimpa ibu mereka,sal dan fiq pergi berjumpa Madam J untuk menjejaki milah.berkat kebolehan luar biasa sal,mereka berjaya menemui yang dikurung seri dan menumpaskan sindiket yang dijalankan bersama teman lelakinya.untuk membalas jasa milah dan keluarga,datin que berbesar hati membuka sebuah syarikat penyiasatan yang akan diterajui oleh milah dan diberi nama SPY M.

Bagaimana keadaan milah selepas mengetahui tentang kelebihan luar biasa yang ada pada anaknya?apakah yang akan berlaku seterusnya?jangan ketinggalan untuk menyaksikan SPY M menerusi slot aksi bermula 3.12.2012 setiap isnin jam 9 malam bagi mengetahui kesudahanya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *