(HIBURAN) Sri Ternak melaungkan semangat kemakmuran dalam lagu “Together We Stand” bersama Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Masya Masyitah, Lil J & Abigail

Spread the love

Sri Ternak Group dengan kerjasama Rocketfuel Entertainment mempersembahkan barisan artis popular seperti Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Masya Masyitah, Abigail & Lil J dalam sebuah single bersempena sambutan Hari Malaysia berjudul Together We Stand yang dicipta khas oleh saudara Amy Bong & Zimi Sofazr.
Pasangan yang sangat romantis iaitu Syamel & Ernie Zakri meluahkan keterujaan dapat kembali bekerjasama dalam lagu ini. “Lagu ini melahirkan rasa semangat perkauman yang sangat unik kerana dalam satu lagu kita boleh dapat dengar pelbagai bahasa dan bangsa bergabung dengan penuh keharmonian.” kata Ernie Zakri.

Lagu ini juga mengetengahkan barisan artis muda turut menampilkan gadis dari utara iaitu Masya Masyitah di dalam projek ini “Saya amat gembira mampu menyerlahkan lagi kebolehan saya bertutur dalam bahasa Mandarin menerusi lagu ini. Lagu ini juga mempunyai melodi sangat rancak yang senang didengari dan mudah diingati.”

Tidak lupa juga rapper muda dari Subang Jaya, Lil J mengakui projek kali ini ada kelainan tersendiri kerana untuk projek ini beliau kerana berpeluang untuk rap di dalam bahasa tamil dan bahasa inggeris. “Saya sangat teruja sepanjang proses pembikinan lagu dan video ini kerana dapat bekerjasama artis-artis terkenal tanah air dan rasa terharu kerana terpilih dalam menjayakan lagu ini .”

Seorang lagi penyanyi baru yang membarisi projek ini ialah Abigail tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyiannya. “Lagu ini mampu menanamkan lagi semangat keharmonian sesama rakyat yang berbilang bangsa dan agama”.

Secara keseluruh kesemua artis yang menyanyikan lagu merdeka ini berpendapat, “Idea sebenar penciptaan lagu “Together We Stand” ini adalah untuk mengeratkan hubungan warga syarikat. Selain itu, ia sekali gus dapat merapatkan semua kaum di Malaysia, berdiri bersamasama, menyanyi lagu yang sama, ke arah yang sama.

Menurut Lembaga Pengarah, Dato Raymond Ho, Datuk Rosyam Nor, Alan Ho and Williem Ho “Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Kami dari Sri Ternak Group dan ST Rosyam Mart serta ST Rosyam Wholesale Express sangat teruja menlancarkan lagu “Together We Stand” . Lagu ini sangat tepat dalam mengharungi pandemik Covid 19 dan kemurungan ekonomi negara yang terkesan kepada semua lapisan masyarakat, “

“Kami sangat mengharapkan lagu ini mampu menyuntik semangat juang seluruh 32 Juta rakyat Malaysia supaya berganding bahu, bersama sama berdiri, merapakan saf tanpa mengira bangsa dan agama bergandingan sebagai satu “Keluarga Malaysia” dalam memerangi Covid 19 dan membangunkan semula ekonomi negara.”

Harapan mereka,semoga lagu ini mampu menjadi pemangkin semangat rakyat Malaysia yang agar jadi lebih bertenaga dalam mengharung hari hari yang mendatang. Agar seluruh Malaysia dapat bersatu menjadi “Keluarga Malaysia” yang lebih berjaya.Lagu ‘Together We Stand” boleh ditonton secara eksklusif melalui saluran YouTube Channel ST Rosyam Mart.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *