(HIBURAN) SUHAN MOVIES MEMPERSEMBAHKAN FILEM LAWAK PECAH PANGGUNG 2017 – REMPIT SAMPAI LANGIT

Spread the love

 

PETALING JAYA, 14 November 2017 – Suhan Movies telah menganjurkan sebuah Tayangan Perdana bagi filem terbaharu terbitan mereka berjudul Rempit Sampai Langit, di MMCineplexes, eCurve, Mutiara Damansara. Tayangan Perdana yang dihadiri oleh barisan pelakon dan tenaga kerja produksi filem tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 200 orang ‘Mat Motor’ serta persembahan pentas oleh penyanyi lagu tema Sampai Langit, Usop, finalis Mentor Milenia 2017.

Setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan filem, Suhan Movies kembali menggamatkan pawagam dengan sebuah filem bergenra aksi-komedi arahan Silver Chung. Filem ini merupakan arahan kedua Silver bersama Suhan Movies selepas filem Balistik. Menurut Datuk Rosyam Nor selaku penerbit filem ini, Rempit Sampai Langit bakal mengangkat martabat filem komedi sedia ada dengan garapan cerita yang istimewa daripada Silver disamping sentuhan magis Viper Studios yang telah menyempurnakan filem ini melalui teknologi imej janaan komputer (CGI) yang luar biasa.

 

Filem aksi penuh komedi ini menampilkan Ajak Shiro sebagai teraju utama yang bergandingan bersama Nabila Huda dan Tauke Jambu. Turut beraksi dalam filem ini adalah Reen Rahim, Jay Iswazir, Cristina Suzanne, Ruminah Sidek, Abu Bakar Juah, Bil Azali, Indera Hafiz dan AbdulRahman Suud. Rempit Sampai Langit mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng Mat


Rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun menemui kegagalan. Kehidupan Kudin yang suram akibat kekecewaannya berubah apabila dia bertemu dengan seorang saintis Arab yang telah menghadiahkannya dengan sampel petrol ‘magik’ yang mampu menjadikan motornya ‘terbang’. Fenomena kejadian motor terbang milik Kudin menjadi viral sehingga membuatkan Kudin hanyut dalam dunia glamor. Ketahui kesudahan filem yang pasti membuatkan anda ketawa sampai langit yang bakal ditayangkan di lebih 75 buah pawagam itu bermula 23 November ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rempit Sampai Langit, ikut akaun Instagram @rempitsampailangit atau akaun Facebook, Instagram dan Youtube @suhanmovies.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *