(HIBURAN) SYURA ungguli MasterChef Selebriti Malaysia 2

Spread the love

IMG_5673Setelah bertarung sengit dengan 18 orang lagi selebriti popular Malaysia, penyanyi Syura akhirnya telah dinobatkan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua . Syura memenangi pertandingan ini di finale yang penuh dramatik dengan menewaskan Celina Khor. Sebagai pemenang MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua ini, Syura menyumbangkan RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu BREAST CANCER WELFARE ASSOCIATIONS OF FEDERAL TERRITORY.

IMG_5700Bagi Celina Khor pula. sejumlah RM10,000 bakal didermakan kepada PERSATUAN KEBAJIKAN  HAIWAN-HAIWAN KURANG DI JAGA SELANGOR atau lebih dikenali sebagai FURRY FRIENDS FARM. Syura dan Celina telah berhadapan dengan satu sama lain untuk mencipta menu bertemakan SAJIAN SEHANGAT BINTANG untuk 9 orang VVIP kelas pertama penerbangan MAS.

IMG_5687Seramai 17 selebriti terkenal telah berentap di medan pertarungan MasterChef Selebriti Malaysia kedua ini iaitu Sharifah Shahora, Kenchana Dewi, Michael Ang, Norish Karman, Sathiya, Afiq Muiz, Cat Farish, Yassin Yahya, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Sabhi Saddi, Datuk Aznil Hj Nawawi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

 master chef seleb 2small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *