(HIBURAN) TANDA PUTERA kembali bernafas ….

group photo (2)

Akhirnya TANDA PUTERA akan ke layar lebar di 60 pawagam di seluruh negara mulai 29 Ogos 2013 setelah melalui 2 sambutan Hari Raya Aidilfitri, 2 pilihan raya, satu umum dan satu kecil, serta terus bertahan melawan ramalan kalendar purba kaum Mayan yang meramalkan tarikh 21.12.2012 sebagai tarikh akhir zaman! Dalam masa setahun filem ini menunggu giliran di pawagam, industri filem Malaysia telah mengalu-alukan pelantikan Ketua Pengarah baru di Finas, Kementerian yang baru dan juga seorang Menteri baru.  Tim Produksi Pesona Pictures Sdn Bhd yang telah menerbitkan filem ini bersama FINAS, sangat berterima kasih kepada ramai yang telah memberi sokongan dan galakan, tidak lupa juga kepada Menteri Komunikasi dan Multi Media, YB Dato Shabery Cheek yang telah meluluskan tayangan umum TANDA PUTERA. Mereka sangat teruja orang ramai akhirnya akan dapat menyaksikan filem ini.

group photo (3)

Sungguhpun TANDA PUTERA telah mengalami beberapa halangan dengan penangguhan tayangan umumnya sebanyak dua kali, iaitu pada September dan November 2012, namun pelakon-pelakon utamanya tetap produktif.  Pelakon handalan Rusdi Ramli dan Zizan Nin telah berjaya memajukan setapak lagi kerjaya kreatif mereka. Bila mereka tidak berada di hadapan kamera, mereka berada di belakang kamera. Rusdi yang membawa watak Tun Abdul Razak, kini juga bergelar Pengarah drama TV, dan Zizan Nin yang membawa watak Tun Dr Ismail, kini mula berjinak dengan penerbitan TV. Linda Hashim yang membawa peranan Toh Puan Norashikin (Neno) dalam TANDA PUTERA telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pelakon juga baru-baru ini  manakala Faezah Elai yang membawa peranan Toh Puan Rahah bukan hanya telah mendirikan rumah tangga, malah telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel.

 tanda putera asmall

TANDA PUTERA yang diarahkan oleh Pengarah yang telah memenangi berbagai-bagai anugerah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba, mengisahkan bagaimana dua pemimpin tertinggi negara mengetepikan masalah kesihatan mereka yang kritikal untuk mengabdikan masa kepada  pembinaan semula dan mengembalikan  kestabilan serta keharmonian negara setelah hampir musnah disebabkan rusuhan kaum. Filem ini juga mengajak penonton menyelami dilema persahabatan 4 orang pelajar pelbagai kaum yang tersepit dicelah-celah sikap berjaga-jaga dan syak wasangka ibu bapa mereka, selepas rusuhan kaum yang melukakan banyak hati.  Mereka sangat rapat dan sedih bila tidak dibenarkan ibu bapa mereka berjumpa lagi.  Namun banjir besar di Kuala Lumpur seperti membasuh segala luka dan permusuhan, dan membawa 4 rakan karib itu kembali bersama.

tanda puterasmall

Sungguhpun tayangan umum ini satu penantian yang agak lama, Shuhaimi dan seluruh tim produksi TANDA PUTERA  sangat bangga dengan hasil usaha mereka dalam filem ini dan sangat teruja mengongsinya dengan rakyat Malaysia.  Mereka mengucapkan penghargaan kepada penaja utama, Malaysia Airlines, khususnya kerana membolehkan adegan penting difilemkan di beberapa lokasi yang diperlukan.  Shuhaimi serta timnya menaruh harapan agar orang ramai, sama ada peminat filem, sahabat handai,  bukan peminat filem atau pengkritik,  akan memberi sokongan dan menonton filem ini di pawagam berdekatan, dan berharap mereka akan menikmati filem TANDA PUTERA seperti mana  tim produksinya seronok menghasilkannya.

SINOPSIS

TANDA PUTERA mengisahkan bagaimana dua tokoh pemimpin Negara, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussain dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman mengharungi cabaran getir pergolakan13 Mei 1969.       Filem ini meraikan keberanian, dedikasi dan patriotisme kedua dua pemimpin ini yang berjaya membawa kestabilan dan keharmonian negara walau terpaksa bertarung dengan masalah kesihatan yang kritikal.

GALA PRESSKIT-02small

GALA PRESSKIT-03small

GALA PRESSKIT-04small

GALA PRESSKIT-05small

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *