(HIBURAN) Tayangan Gala Filem “Hantu Tok Mudim”

Spread the love

MAJLIS TAYANGAN PERDANA FILEM HANTU TOK MUDIM-10

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi bagi merestui bakal-bakal anak lelaki yang akan diiktiraf menjadi orang muda dan diikuti dengan persembahan silat sebagai kemuncak majlis.

Ini adalah sebahagian dari gimik bagi mempromosikan  filem “HANTU TOK MUDIM”, satu lagi terbitan Showbiz Production yang akan mula menggemparkan pawagam di seluruh Malaysia bermula pada 21hb November 2013 ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon utama filem “HANTU TOK MUDIM” seperti Izzue Islam, Soffi Jikan dan  Adrea Abdullah serta pengarah Waan Hafiz.

Filem bergenre seram komedi yang bakal ditayangkan adalah berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Kelibat Hantu Tok Mudim akan menghantui  hujung minggu anda, dengan penampilan khas Hantu Tok Mudim di pawagam-pawagam terpilih, bagi memeriahkan lagi promosi filem ini yang telah pun bermula pada 15hb November lepas.

MAJLIS TAYANGAN PERDANA FILEM HANTU TOK MUDIM-14

Sinopsis Hantu Tok Mudim

Hantu Tok Mudim mengisahkan Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Toq Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang untuk sabotaj operasi malam tersebut

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam tersebut mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.
Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Toq Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *