(HIBURAN) TAYANGAN PERDANA BOBOIBOY: THE MOVIE

Spread the love

BOI

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2016 – Filem animasi terbitan MONSTA yang dinanti-nantikan, Boboiboy: The Movie telah mengadakan tayangan perdana di Golden Screen Cinema (GSC), Pavilion KL hari ini. Boboiboy: The Movie berkisar tentang Boboiboy dan kawan-kawannya, Gopal, Yaya, Ying dan Fang, yang memulakan pengembaraan ke sebuah pulau misteri untuk menyelamatkan dan melindungi rakan robot mereka, Ochobot. Kisah heroik penuh aksi dan lawak jenaka ini membawa penonton mendalami lebih jauh ke dunia adiwira yang mendebarkan.

Scene Shot 1“Selepas dua tahun pembikinan, akhirnya Boboiboy The Movie akan menemui penonton di pawagam pada 3 Mac ini. Bersempena dengan itu, kami bersama-sama dengan Primeworks Studios menganjurkan tayangan perdana pada hari ini untuk memberi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada kami dan Boboiboy. Kami di MONSTA juga berterima kasih kepada Primeworks Studios atas kerjasamanya dalam menjayakan serta mempromosikan Boboiboy The Movie,” ujar Nizam Razak, Pengarah Boboiboy The Movie.Scene Shot 2

Dianjurkan oleh Primeworks Studios dan MONSTA, persembahan pentas dan aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak adalah antara acara kemuncak yang menyerikan lagi majlis gala tersebut. Dikendalikan oleh juruacara majlis Muadz dan bintang kanak-kanak Rykarl dan Mia Sara, gala tersebut dimulai dengan persembahan khas dari D’Masiv dan Bunkface, yang menyanyikan lagu-lagu tema Boboiboy: The Movie, Di Bawah Langit Yang Sama dan Masih Di Sini.Scene Shot 5

Selaras dengan tema animasi ini yang sesuai untuk tontonan keluarga, ruang kanak – kanak telah disediakan khas untuk tarikan mereka. Antara aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak adalah produk permainan Boboiboy seperti teka-teki jigsaw, permainan Lego dan aktiviti mewarna. Para tetamu turut disambut oleh penampilan maskot Boboiboy yang ditemani oleh rakan-rakan maskot yang lain iaitu Yaya, Ying, Fang dan Gopal.Scene Shot 3

Boboiboy: The Movie akan mula ditayangkan di pawagam bermula 3 Mac 2016. Untuk maklumat lanjut mengenai filem ini, layari www.boboiboymovie.com.Scene Shot 4

Bagi mereka yang ingin menjadi penonton terawal filem Boboiboy: The Movie, sebuah tayangan khas filem ini akan diadakan di GSC, IOI City Mall dan Berjaya Times Square pada 27 Februari 2016. Tayangan khas tersebut memberi peluang kepada para penonton dan peminat BoboiBoy untuk membeli Kombo Khas Boboiboy yang disertakan bersama topi Boboiboy, pen 3D Boboiboy dan poster rasmi Boboiboy: The Movie.Scene Shot 6

Untuk maklumat lanjut tentang tayangan khas dan tawaran hebat ini, layari www.gsc.com.my.

DSC_0040-tile

BOBOI


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *