(HIBURAN) Filem ‘TEMUAN TAKDIR’ – Tanggungjawab anggota polis terhadap negara dan nilai kasih sayang keluarga diuji

Spread the love

UntitledKuala Lumpur: TEMUAN TAKDIR, penerbitan Zazen Design & Production telah berjaya mengumpul bakat-bakat terkenal dan yang baru untuk sebuah filem polis yang penuh aksi. Ianya bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11hb Ogos 2016.
Scene 1Filem ini mengisahkan tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ACP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu ‘Mastermind’ di sebalik rompakan sebuah van sekuriti. Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan kumpulan ‘geng’ yang terdiri daripada 3 orang iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.

Scene 7Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya. Filem ini ingin mengutarakan persoalan tanggungjawab, kasih sayang dan ikatan kekeluargaan dan bukan sahaja sekadar sebuah filem romantik atau filem aksi semata-mata. Filem ini memberi penonton pengertian yang lebih mendalam terhadap kehidupan anggota polis dan pengorbanan mereka di sebalik seragam ‘besi’ mereka.

Zahim AlbakriTuan Roslan yang dilakon oleh pelakon tanah air terkenal Dato’ Zahim Albakri sebagai seorang pegawai polis atasan dan juga watak suami Ain, manakala watak Ain dilakon oleh pelakon wanita terkemuka iaitu Vanidah Imran. Roslan senantiasa memerhatikan adiknya, Shariff, seorang anggota polis yang sangat berdedikasi dan bersemangat namun bersikap impulsif. Ery Zukhairi memainkan watak utama sebagai Inspektor Shariff yang bakal melamar kekasihnya, Ros menerusi lakokan Azura Zainal, personaliti TV terkenal yang membuat penampilan julung kalinya dalam arena perfileman Melayu.

Ery Zukhairi 2Filem TEMUAN TAKDIR dirakamkan di pelbagai lokasi yang menarik dan menakjubkan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Adegan mendebarkan kejar-mengejar pihak polis dirakamkan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Menara Berkembar KLCC, manakala sebahagian lagi dirakamkan di kawasan tersembunyi yang jarang diketahui umum di Kuala Lumpur seperti laluan motosikal Pekeliling di bawah Bulatan Pahang. Selain daripada itu, bangunan terbaharu Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Masjid Wilayah, hospital berlatar belakang canggih dan terkini, serta rumah yang terbiar di Sentul merupakan sebahagian lokasi yang unik bagi set penggambaran.

Azura ZainalFilem ini mendapat sentuhan pengarah baru, Dhyan Vimal yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan Malaysia (Friends To Mankind). Di bawah sokongan ‘Project Dignity’ dibawah Friends To Mankind, filem ini adalah suatu inisiatif untuk berkongsi dan memberi peluang kepada individu yang berminat untuk memaparkan kemahiran dalam terbitan dan produksi filem. Bakat-bakat baru dalam lingkungan 25 orang berpeluang berkecimpung dalam pembikinan filem ini termasuk pelakon junior dan kru pra-produksi.

Vanidah ImranTEMUAN TAKDIR bakal mengadakan sebuah tayangan perdana karpet merah pada 8 Ogos 2016 dan dilancarkan di 42 pawagam di seluruh Malaysia pada 11 Ogos 2016.

Scene 6

Scene 4

Scene 3

PW8_9326

PW8_8089

PW8_7967

PW8_7125

PW8_7012

PW8_4123

700_7951

700_7742

700_7177


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *