(HIBURAN) THE WANTED mengegar Kuala Lumpur

The Wanted , boybands terkini yang terdiri dari Max George, Nathan Sykes, Tom Parker, Jay McGuiness dan Siva Kaneswaran merupakan 5 jejaka yang menubuhkan kumpulan tersebut pada tahun 2009. Lagu GLAD YOU CAME telah membuatkan kumpulan bertambah popular apabila menjadi hit nombor 1 di carta UK dan nombor 3 di Billboard Hot Chart manakala lagu CHASING THE SUN menjuarai carta Billboard Hot Dance Club Songs. THE WANTED WORLD TOUR LIVE IN KL bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, telah meninggalkan kesan mendalam kepada peminat-peminat mereka terutamannya gadis-gadis remaja belasan tahun. Konsert ini dimulakan dengan persembahan DJ dj goldfish and blink dan juga Kyle Patrick. Konsert ini di hostkan oleh VJ Holly dari MTV. Dengan kehadiran lebih 2000 peminat mereka, kumplan ini mendendangkan lagu-lagu antaranya Heart Vacancy, Chasing The Sun, Sebagai lagu penutup tirai, lagu Glad You Came seterusnya berkumandang mengakhiri konsert pada malam itu sebelum mereka memberi tunduk penghormatan kepada semua yang hadir. Selain lagu-lagu itu, antara lagu lain yang mereka nyanyikan termasuklah Lose my mind, Rocket, Lightning, Say it on the radio, Warzone, Gold Forever, All Time Low dan I Found You.

Pihak Galaksi Media Online ingin berkongsi gambar-gambar sekitar konsert tersebut.

Kredit Foto : FAP images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *