(HIBURAN) VEKTOR 58 – AKSI SAINS FIKSYEN TERBAHARU DI TV9

Spread the love

V58 (1)

Industri perfileman dan drama di Malaysia kian maju dari masa ke semasa. Pelbagai aspek diambil kira untuk menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti. Begitu juga dengan Chain-FX Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi yang menitik beratkan penghasilan kesan visual, kini telah menerbitkan sebuah drama bersiri terbaharu iaitu VEKTOR 58.

Drama bersiri berkonsepkan aksi fiksyen sains ini memaparkan tentang makhluk asing berbentuk robot sebagai watak utama. Vektor 58 akan mula disiarkan menerusi TV9 pada setiap Sabtu, jam 5.30 petang, bermula 14 Disember 2013.

V58 (5)

Menurut Pengarah drama Vektor 58, Roshfaizal Ariffin, “Vektor 58 adalah sebuah drama bersiri yang menyediakan hiburan ringan khususnya untuk golongan kanak-kanak dan remaja. Namun, apa yang menarik tentang drama ini ialah watak utamanya Arif dan beberapa watak makhluk asing seperti robot dijayakan menggunakan kepakaran syarikat kami dalam kesan visual. Kami amat bersyukur kerana usaha kami dalam menghasilkan drama aksi sains fiksyen ini mendapat bantuan kewangan daripada MDeC. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Media Prima Berhad dan TV9 khususnya kerana memberi kepercayaan kepada produk kami utuk menjadi salah sebuah program televisyen di bawah penyiaran mereka. Kami berharap untuk terus menghasilkan program televisyen yang berkualiti seperti ini dan secara tidak langsung membawa drama kanak-kanak tempatan ke peringkat lebih global.”

v58promo04c

Penampilan beberapa pelakon lama dan baru seperti Norman Hakim, Fazlina Datuk Ahmad Daud, Kamarulzaman Taib (Che’ Kem), Ain Satar, Ku Mohd Amirul dan Nor Intan Baizura pastinya Vektor 58 dinanti-nantikan oleh penonton terutamanya kanak-kanak yang menjadi penonton setia slot Bananana! TV9.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin turut mengalu-alukan drama sains fiksyen sebegini. “Media prima Berhad menerusi slot penjenamaan program kanak-kanaknya iaitu Bananana! Akan sentiasa memberikan program menarik, berkualiti dan ilmiah buat penonton cilik mereka. Kami juga sentiasa memberi peluang kepada rakan-rakan produksi tanahair untuk menghasilkan program-program paling kreatif untuk meningkatkan minda penonton slot Bananana! Malahan kesan visual yang dihasilkan dalam Vektor 58 ini pastinya memberikan impak yang mendalam, terutamanya kemunculan robot!“

VEKTORsmall

Vektor 58 ini merupakan idea daripada Muhammad Fasya Daud, merangkap penerbit dan dibantu oleh penulis skrip Amir Hafizi (Magika, Hikayat Merong Mahawangsa) dan Fairul Nizam Ablah (Bio-Nik).

Secara ringkasnya Vektor 58 ini menceritakan tentang seorang remaja bernama Lia (lakonan Ain Satar) telah bertemu dengan makhluk asing yang telah hilang ingatan akibat kemalangan semasa mendarat di bumi. Lia mengambil keputusan untuk membantu mengembalikan semula ingatan makhluka asing tersebut. Lia menamakan makhluk asing itu sebagai Arif. Arif yang dilakonkan oleh Ku Mohd Amirul bukan sahaja mengalami hilang ingatan, malahan menjadi buruan beberapa makhluk asing lain yang ingin bertarung dengannya.

Pastikan anda semua tidak ketinggalan menyaksikan VEKTOR 58 pada setiap Sabtu, jam 5.30 petang bermula 14 Disember ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *