(HIBURAN) “ZAM” juara SKOOL OF LAWAK musim pertama

Spread the love

IMG_7434

Muhammad Rizam Zaffar atau Zam dari Selangor telah dinobatkan sebagai juara SKOOL OF LAWAK musim pertama yang mana beliau membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000. Tempat kedua pula menjadi milik Filzah Azmi atau Fiza dari Sarawak dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala, tempat ketiga diraih Mohd Hazwan Mohd Azani atau One dari Kuala Lumpur dengan wang tunai RM25,000. 

IMG_7431

Seramai 6 peserta yang layak bertanding diperingkat akhir di mana 3 peserta yang mempunyai markah tertinggi diambil kira selepas pusingan muzikal dan bebas bersama artis jemputan untuk berentap di pusingan akhir dalam tema “stand up comedy” bagi menabalkan gelaran  ‘Ketua Kelakar’ . Program SKOOL OF LAWAK dihoskan bersama oleh Johan dan Jep Sepahtu, persembahan komedi peserta dinilai panel juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid dan Prof Razak Mohaideen dan telah berlangsung selama 10 minggu, seramai 33 peserta bersaing menonjolkan bakat komedi mereka dan mendapat latihan daripada empat tenaga pengajar yang diterajui oleh pengarah terkenal, Hafsham sebagai pengetua.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *