(HIBURAN) Eka Sharif “MENGENAL CINTA”

Spread the love

EkaSharif_Image_1200Nur Atiqah Bte Shariffudin atau lebih dikenali dengan Eka Sharif  berumur 27 tahun dan  di lahirkan pada 31 October 1989  di Hospital Besar Kuala Lumpur. Memilki ketinggian yang ideal iaitu 170cm dan berat 50kg menjadikan anak kelahiran Kajang ini selalu tampil menawan. Eka Sharif yang pernah menyertai Akademi Fantasia 9 ini mula melibatkan diri dalam bidang tarian bermula pada usia 5 tahun. Dan pada umur 16 tahun beliau menceburi bidang nyanyian. Memiliki potongan badan 35,25,36 membuat kan Eka Sharif tampil lincah dengan  bakat  tarian  yang diminatinya. Selain daripada menyanyi, beliau jugak aktif di pentas peragaan.

Eka Sharif dahulunya pernah bergerak secara duo yang di kenali dengan “Hanarose”. Mereka tampil dengan single bertajuk “ girlfriend”dan single kedua mereka yang bertajuk “ Deritaku “ merupakan ost filem Pengantin Malam.
Beliau yang kini mula dikenali apabila aktif menggunakan applikasi “ Smule” dan telah memiliki rating yang tinggi di Smule apabila mula menyanyikan lagu “Sudah Ku Tahu” dari Projector Band.
Kini, setelah lama mendiamkan diri daripada industri muzik, Eka Sharif tampil kembali dengan single pertama beliau bertajuk “ Mengenal Cinta”.    Mengenal Cinta adalah hasil ciptaan Eka Sharif dan Ardiv  Jauhari. lagu tersebut menceritakan tentang  seseorang yang baru mengenal cinta dan belajar untuk setia. Lagu yang bergenre pop ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Eka Sharif kini bernaung di bawah MAP Music dan  sedang dalam  mempromosikan  single  terbaru beliau  ‘ MENGENAL CINTA”. Semoga single terbaru ini akan mendapat sambutan hebat dari semua peringkat umur. Di jangka lagu ini akan berada di stesen radio dalam masa terdekat.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *