MILO® Berkhasiat Kegemaran Kanak-kanak Kini dengan Lebih Kalsium

Spread the love

MILO® memperkenalkan varian UHT baharu, MILO® CALCIUM Pluz™ yang mengandungi jumlah kalsium dan vitamin D setara dengan segelas susu dalam setiap hidangan. Sebagai sebahagian daripada rangkaian produk UHT MILO® berkhasiat yang semakin berkembang, MILO® CALCIUM Pluz™ menyediakan penyelesaian mudah kepada kaum ibu untuk memenuhi keperluan pemakanan anak-anak mereka dalam menghadapi hari-hari persekolahan.

Diperbuat daripada kebaikan susu, barli malt dan koko, MILO® CALCIUM Pluz™ padat dengan gabungan unik vitamin dan mineral penting, termasuk Vitamin B2 yang membebaskan tenaga daripada makanan serta vitamin D yang membantu tubuh dalam penyerapan kalsium. Dengan 2x kalsium serta lebih susu dalam setiap hidangan[1], MILO® CALCIUM Pluz™ tinggi dengan kalsium yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

“Kami teruja untuk memperkenalkan MILO® CALCIUM Pluz™ bagi membantu ibu-ibu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Dengan rutin persekolahan yang kini kembali padat, ibu-ibu ingin memastikan bahawa mereka membekalkan nutrisi yang sesuai untuk anak-anak agar mereka kekal bertenaga dan penuh minat di sekolah. Mereka mahukan sesuatu yang berkhasiat dan lazat yang setanding dengan kebaikan susu. Dengan vitamin dan mineral yang seimbang, termasuk kandungan kalsium yang tinggi, MILO® CALCIUM Pluz™ dapat membantu meningkatkan pengambilan nutrien dalam kalangan kanak-kanak dengan rasa hebat MILO® kegemaran mereka, di samping membekalkan mereka tenaga untuk melangkah lebih jauh di sekolah, tidak kira apa jua yang ingin dicapai,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

MILO® CALCIUM Pluz™ sesuai dipadankan dengan hidangan yang berkhasiat dan seimbang, terutamanya yang disediakan mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia iaitu Suku-Suku-Separuh. Ia juga pilihan tepat sebagai padanan bekal makanan ke sekolah untuk ibu-ibu memenuhi keperluan tenaga anak-anak.

Didatangkan dalam pek 200ml sekali hidang, MILO® CALCIUM Pluz™ boleh didapati di semua kedai serbaneka, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar serta laman e-dagang utama. Untuk maklumat lanjut tentang MILO® CALCIUM Pluz™, layari: www.milo.com.my/calciumpluz


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *